Pages

Saturday, July 13, 2013

Day 6 - Ewha University , Itaewon, Yeouido

Masa aku mengarang untuk post ni, aku sepatutnya sedang study. Bila dah ada laptop, ditambah plak ada tenet, sememangnya tak belajar lah aku. Oh ya....ada di library ketika ini. Kelas kau Kak Mah oiii~

Last day aku di Korea. Keluar umah seawal 7 pagi. Kalau nak ikutkan, tempat yang aku gi ni takde pun dalam list aku. Disebabkan nak cari subjek untuk komplitkan footage timelapse aku, jadi terpaksa la melawat tempat lain. Dukacita dimaklumkam misi untuk aku buat video timelapse telah gagal.

Lokasi pertama adalah Ewha University. Dekat Uni ni, hanya student perempuan je tau. Agaknya ni lah faktor utama aku nak ke sini. ekekeke. Di kawasan sekitar, ada banyak kedai-kedai pakaian. Memang pakej lawatan bagi pengunjung wanita la tempat ni kan? Seronok kalian. Aku takde benda nak cari, pusing-pusing aja.

Seterusnya, pergi ke Itaewon. Kalau mengikut map perjalan subway, jauh gak tempat aku nak tuju ni. Tujuan utama adalah nak jumpa member yang kebetulan dia pun baru sampai Korea time ni. Siut je diorg pasal aku dah sampai sini, diorg kata dah kuar jenjalan. Ciss~ Sebagai penutupan, aku pun makan kebab. Terbaik jepp~

Yeouido, kebetulan aku kesini sebab laluan aku balik tu ada stesen yang singgah. Tempat aku berhenti ni banyak bangunan pejabat. 63 Building terletak kat sini. Tempat kena bayar, aku pun takde la nak buh kat dlm itinerary aku. hahah

Bila dah bosan, aku pun pulang la. Balik umah tidur. Flight aku pagi keesokannya. Takut tak sempat nak ke airport, lantas aku pun memutuskan utk menginap di airport aja. Pengalaman pertama bermlm di airport. hahah

ps: Gamba banyak diambil menggunakan GoPro. Last day ni malas pulak nak snap. Kalau kualiti tu macam kurang skit, harap faham-faham la ye...ekekek







Ini kalau jalan kaki nak balik umah setiap hari boleh mengurangkan berat badan secara mendadak akibat kena mendaki bukit.

Kat sini banyak cafe, depan tu skit penuh la kedai cuci mata utk kaum wanita.

Universiti kat Korea ni takde pagar. Ni kat depan pintu masuk Ewha Uni tu. Segan sbenarnya nak jenjalan kat depan tu pasal semua gadis-gadis. Kang diorg pandang pelik plak.

Last shot timelapse sbelum kena halau. Siut btui pak guard ni, aku bukan amik gamba org pun.Ambik gamba kasut je. Eh ye ke? Oopss~

Ntah kenapa aku pilih gamba ni pun tak tau kenapa. Mungkin sebab gamba ni cerah kut. ekekekek~

Dasyat btui exterior pintu masuk saloon ni.

Cafe lagi.

Ok dah sampai Itaewon. Sesak juga pembangunan kat sini.

Ntah mana punya lorong aku sesat daaa~~

Yeayyy~~~ waktu makan tengah hari. Kebab yang terbaik~

Ni sekitar Yeouido.

Apa mcm ada ikan besar ni kat tengah-tengah bandar?

Ingat nak sewa beskal tapi waktu ni tengah hari buta. Tengok shadow tu! Dah kenapa ko ni bang nak men beskal tgh hari.



No comments:

Post a Comment