Basically hari ke-5 ni memang aku takde benda lain yang aku buat. Malah, aku pergi ke tempat yang aku dah pergi sebelum ni. Kuar umah pun agak lewat juga. Sblum tu, waktu pagi aku habiskan masa dengan mencari idea dan spot menarik utk shooting. Ada satu gamba mamat flickr ni, memang best. Dia shoot gamba jambatan yang bentuknya seakan-akan sarang labah-labah. Aku pun tanya mamat tu camne nak gi situ. Rezki, pasal dia reply dan siap bagi direction. Yang kelakarnya, tempat ni adalah berhampiran dengan studio noona aku bekerja iaitu di Seocho. Aku siap tanya noona aku lagi camne nak gi sini. Dia pun tak tau. Untuk post akan datang, aku akan bagi guide camne nak gi sana.
Keduanya, waktu petang aku dah janji dengan host aku dari web couchsurfing (CS). Ini juga adalah pengalaman pertama aku berjumpa dgn ahli CS. Register pun pasal nak travel. Klo tak mmg takdenya la kan. Aku saja nak cari pengalaman dan berjumpa dengan orang baru. Bila dah set meeting point iaitu kat sungai klang tu lagi, aku tiba lewat sikit je. Mujur takde bad impression. Dia nak tunjuk aku jalan-jalan. Aku cakap kat dia, " Takpo lah, I dah melawat kawasan sekitar. Jom amik gamba." Tak semena-mena aku trus ajak dia photoshoot. Gilo apo?! Dah ler 1st time jumpa, trus ajak berposing-posing sakan. Minah ni plak sporting. Memang rancak ler.
Dalam kul 6 camtu selesai sudah aktiviti sosial. Kalau nak ikutkan, ni kira malam terakhir la. Pasal malam berikutnya aku dah kena bergegas pulang ke tanah tumpahnya darahku. Aku agak kelam kabut pasal banyak lokasi aku nak kena pergi. Dah ler sumer tempat tu jauh-jauh. Lokasi pertama adalah di Yongsan station. Aku abiskan masa untuk shooting timelapse kat sini. Spot aku shoot tu kat area parking shopping mall. Seterusnya aku akan ke Dongjak. Tengok dalam gamba bukan main cantik lagi. Bila sampai. Adehlaaa...mungkin aku tersalah jambatan. Yela, kat Seoul ni berapa banyak jambatan yang ada. Bila dah sampai kat Dongjak station tu, aku nak mencari spot yang terbaik, namun aku menjumpai kegagalan. Shooting jela kat atas highway.
Lokasi yang terakhir, adalah di Seocho. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Rilek la bang, baru kul 9. Hotak ngko! Aku lewat skit je, masuk kul 10 kang dah penuh umat berebut nak balik. Memang padan muka la. Mujur spot jambatan lelabah tu dekat je. Dah selesai shooting, chow sin chi. Aku try call noona aku kut dia ada kat studio lagi ke. Sib baik dah balik. Macam biasa, aku akan ke interchange station iaitu di Sindorim. Sirius kali ni memang ramai giler umat. Aku tak sempat nak shoot pasal takde ruang aku nak angkat kamera. Punyalah sempit. Sempat gak aku layan timelapse, pastu kelam kabut ler macam biasa pasal jam menunjukkan pukul 11. Pukul 12 baru sampai umah. hahah
|
Ni la dia host aku buat seketika. |
|
Korang tgk gamba ni dia biasa-biasa jekan (Sbenarnya aku je saja taknak tunjuk gamba yg ok). Klo tgk minah ni skrg, memang k-pop abis. Aku pun tak tau camne dia boleh jadi cantik. Harap tulin. hehehe |
|
Ni la dia spot kat parking area Yongsan Station |
|
Shoot dua tiga keping keretapi berlari. |
|
Aku rasa, kalau kat Mesia tak berani aku buat keje gila shooting kat atas highway. Aku sorang-sorang plak tu, yang ada kereta dan pemandunya serta pemboncengnya aja. |
|
Mungkin aku tiba lewat, jadi lampu jambatan dah padam. |
|
Tengok tu! Punyalah ramai umat. Lambat skit je.........Taniah~! |
waaa...chantek...landasan ketapi diorg pun cantik je aku tgk wo..bersih siap ada landscape lagik
ReplyDelete