Pages

Thursday, June 27, 2013

Day 4 - Cheonggyecheon Stream, Gwanghwamun Square, Dongdaemun.

Sambung balik cite K-pop yang berhenti sebentar. Basically hari ni agak dull. Lighting memang flat. Aku sirius takde selera nak amik gamba. Hari ni gak dah mula rasa panas, mujur tak panas macam Mesia ni. Dah ler bejalan-jalan tengah hari buta.

Aktiviti, tak banyak, aku masih blank apa aku nak shoot utk buat timelapse. Takde benda menarik. Akhirnya merayau-rayau jela sekitar kawasan. Jauh gak aku berjalan ari ni. Silap la aku tak gi masuk satu galeri sejarah diorang. Dalam tu ada cinema 3D klo tak silap.

Pukul 3 baru lunch kat Loteria. Kemudian bergegas ke Dongdaemun. Dari lokasi aku sekarang ni, aku berpusing jauh juga la. Sedangkan kalau naik bas dekat je. Yang lawaknya, bila dah selesai shooting kat Dongdaemun, aku patah balik shoot kat area Gwanghwamun. Pukul 10 baru selesai, pastu macam biasa la. Menggagau nak balik ke Incheon. Dah ler satu jam perjalanan. Memang masuk hari ke-4 ni aku dah jadi macam orang Korea. Tiga hari pertama memang melenggang, hari berikutnya aku jalan laju. Walaupun pukul 11, masih ramai umat bergegas nak pulang kerumah.

Setiap pagi, sblum kuar jenjalan aku mesti borong benda ni. Harus diingat, ada perisa baby ye. Jangan main hamik je, Tanya kat kaunter dulu utk kepastian.
Dah sampai Cheonggyecheon.
Ni la rupanya sungai yang orang cakap macam Sungai Klang tu.
Budak-budak skolah ni pandang aku pelik. Mesti diorang tertanya-tanya "Bangla mana plak datang sini ye?"
Pokok tu sbenarnya replica yang diperbuat dari kayu-kayu terpakai. Lama gak aku lepak sini pakai tgk show K-Pop free.
Siriusli aku enjoy gila dengan diorang punya show. Ada masa aku haplod video diorang ni.
Ni port biasa yang orang amik gamba sungai ni.
Ada event charity. Penuh duit syiling atas ni. Rasa cam nak saut masuk kocek je.
Aik! Camne time summer ada autumn? Barangkali pokok ni dye kut.
Plan asal nak shoot bebudak kecik main air kat sini. Dah ngko pergi tengah hari buta, dah tu time ari skolah memang la takde bebudak main kat sini. Bebudak skolah menengah ada ler.
Apa motif aku haplod gamba ni ntah. Oh...nak cakap orang diorang pun tak pakai zebra crossing line.
Tu lagi berani lintas tak ikut peraturan. Ni berhadapan pintu utama Gyeongbokgung Palace.
Kan dah cakap lighting flat. Memang aku terus balik ler tak masuk sini pun.
Aktiviti petang, pergi ke Dongdaemun. Rupanya diorang pun mengalami kesesakan lalu lintas. Time ni pukul 5 petang.
Aku saja up gamba ni sebab nak bagi tau yang time ni tgh dok sebey spot untuk shooting. Selamba je aku ekses private property.
Ni bukan lori ye, sbenarnya depan tu ada moto yang bawak.
Punya lah gigih panjat bukit yang berdekatan dgn Dongdaemun ni. Skali nampak view ni je. Hampeh.
Lepas dah panjat bukit, mesti la pekena minuman yang melegakan hari anda. Masa ni aku masih tak tau tu zionis lagi ye. Tau yahudi aja.
Obses dengan henpon bila dalam train. Disebabkan inilah aku balik Mesia trus beli telifon pintar.
Survival kit aku. "Apo kuno na kau ni bang pakai map?", Mamat tu berkata. Eh skati aku la! Kang sesat ko gak yang tak tau cakap omputih klo aku tanya.
Nak shoot Dongdaemun Gate ni ler sampai aku sesat bagi masa cari spot terbaik. Last-last shoot depan-depan je.

2 comments:

  1. Survival kit siap comb binding.. Ini rare

    ReplyDelete
    Replies
    1. complete set tu,klo hilang dah boleh balik trus dah klo internet takde. hahah

      Delete