Pada 8-9 Jun 2013, aku telah mengikuti program skolah bertompek Tanah Aina. Program Bina Pasukan katanya. Mulanya, aku macam tak berapa nak bersetuju dengan tempat ni. Satunya, harga mahal boh. Per head ngko. Dah macam masuk pulau. Keduanya, pengisian program kami macam takde.Tapi, bila aku tengok website diorang, memang aku kagum habis. Web interface dia bagi good 1st impression. Tak banyak kampeni yang sanggup invest untuk ni. Banyak web2 resort kat Mesia ni buat ikut dan. Janji ada.
Ditambahkan pula, budak-budak kelas aku cakap, tido kemah ngko..Haaa? Kemah? Ghasak ko nak bernyamuk memalam. Zaman-zaman milenium ni mana nak tido dalam khemah dah. Zaman pengakap kembara kembore dulu buleh la. Cer tengok dulu gambau aku post kat bawah ni dulu, kompom kalian mesti nak poie tompek ni punya. hahah. Suka giler dengan bantal dia. Empuk ya amat. Rasa cam nak seludup bawak balik letak kat umah yooo. Tu belum cite camne dorm dia. Maleh nak cita panjang, kalian tengok yolaa gamba kat bawah ni. huehuehe
Sedikit ribiu dari aku.
- Service memang tip top. Ko sampai-sampai je, naik 4x4 ke resort, kendian disambut dengan welkamin drink. Yang bestnya, bag korang tak yah sesusah nak angkut. Diorg tolong angkutkan. Klo ke hotel jenuh bellboy nak ahem ahem mintak tips kat korg. Sini dun wori.
- Makanan memang puas hati. free flow, Habis je diorang roger orang dapur suh hantar. Sedap pun sedap. Oh lupa, dia buat buffet style. Tak yah nak gaduh-gaduh takut makanan abis. Boleh makan sampai muntah.
- Tempat memang comfortable abis. Orang miskin cam aku ni nak rasa feel feel bangsawan memang seswai lepak sini. Tenang jiwa.
- Aktiviti agak limited. Keje ko mandi sungai, masuk hutan, panjat bukit, terjun flying fox, pastu mandi sungai balik. Tiga aktiviti utama yang dalam pakej adalah, gi ke waterfall, panjat bukit waktu malam utk tengok bintang, pastu panjat bukit lagi keesokan paginya utk tengok matahari muncul ke tak muncul.
- Sedikit terkilan untuk layanan big group macam kami. Kami ada 31 orang peserta. Kiranya kami ni adalah penyumbang terbesar keuntungan mereka untuk dua hari tu. Bukan nak berlagak ke apa. Aku keciwa sebab patutnya mereka kena provide or reserve some place utk kami buat hal kami. Tak dapat dewan, dapat tempat makan pun takpe. Sebab situ pun dah boleh kami buat aktiviti yang telah kami rancangkan. Yang ekshen lebih tak tau dia head or supervisor kat sini. Tak perlu mention nama, sian periuk nasi org. Part klimaksnya bila waktu malam, kami pakai ada satu ruang yang macam ala-ala dewan kecil, atasnya bilik dorm. Kami pakai ler PA system yang kami angkut dari KL, boleh dia sound "Bang, kitorg tak penah buat aktiviti kat sini, orang nak tidur kat atas nanti komplen". Problem sekarang ni, ada satu group dok main ping pong dengan meriahnya. Takan nak main pingpong macam main batu seremban, kena sopan je. Mesti la bising kan? So kitorg pun guna ketamadunan kami dengan mengalah dan tak pakai mic pun untuk jalankan aktiviti kami. Sebenarnya, aku tau budak2 yang main ping pong tu dok kat dorm atas, dan sebahagian dari geng kami juga menginap kat atas. Basically kat atas tu takde orang bila kami conduct aktiviti. Dan bila kami selesai, kawan-kawan kami mengidap kat atas tu tak dapat tido pasal geng-geng ping pong tadi tak selesai lagi world cup mereka agaknya.
Amboi panjangnya...sori tertaip lebih plak. ekeke
Ok ni sedikit tips pula.
- Bawak torch light. Dalam khemah takde lampu ye. Boleh pakai utk panjat bukit.
- Nak panjat bukit waktu malam tu ( diorg buh night walk, so org akan ingat masuk hutan, ekcheli jalan kat tebing bukit sampai la ke spot melihat bintang dan sunrise ) make sure tengok dulu langit. Agak-agak tak nampak bintang, tak yah la buang tenaga pasal kat atas tu memang gelap. Apa pun tak nampak. Baik main Saidina kat bawah.Kut nak naik atas tu semata-mata nak check-in or hapdate status kat fesbuk boleh la. hahah
- Kalau sunrise lak, tgk langit lagi. Agak-agak lighting flat je, tak yah sesusah lagi.Nampak kabus aja. Tapi kalu niat nak eksesais dan beriadah boleh aja. Aku bagi pendapat ni as photographer. Keadaan tak cantik, gamba pun tak cantik la nanti.
- Nak gi ke waterfall tu, kena trecking selama 20 minit. Disarankan pakai pakaian basah terus, senang. Kalian kena pakai life jacket sepanjang perjalanan. Aku tak pasti berapa session sebenarnya diorg boleh provide utk ke sini dlm sehari. Kami je dah 31, tambah plak org luar lebih kurang 40 orang, diorg bawak semua skali ke lokasi. Bila dah sampai paham-paham jela dia punya padat macam mana. Tempat kecil je, jangan korang bayang macam kat Templer Park Rawang tu plak. huhuh
Ok, stakat ni jelah kut bebelan aku tentang tempat ni. Apa yang aku karangkan kat sini adalah pendapat dari segi aktiviti kumpulan. Kalau personal opinion, memang highly recommended la. Seswai bawak family untuk menikmati alam semula jadi. Value for money orang kata. Bayar mahal, tapi puas hati.
ps: Salute dengan pekerja-pekerja buruh kat sini. Diorang memang keje all out, memang kena kerah abis-abisan . Semua benda buat la. Bawak 4x4, angkut barang, bawak masuk hutan, jadi rescuer, angkut makanan, dan paling best, walaupun diorg buat semua tu, diorang tetap akan senyum kat kalian. ^_^
|
Signboard dekat dgn resort |
|
Kalau tengah hari, memang kena lepak surau sambil beramal sebab dalam khemah panas. |
|
Toilet nun hujung kat sana. Jenuh la klo khemah korang jauh. |
|
Luaran khemah 3 muatan. |
|
Mujur khemah kami dekat dengan toilet. Tak seram nak ke toilet memalam. huahuah |
|
Khemah untuk 5 muatan |
|
Jangan ingat tidur dalam khemah tu beralaskan lantai. Siap bantal Ikea ngko. |
|
Luaran toilet |
|
Tak yah nak berjengket kaki sebab toilet dia memang bersih. |
|
Klo time pas org mandi sungai, nak kena beratur daa utk guna toilet. |
|
Tempat reception dia. Kelas ko jah klo baring kat kerusi rimau tu. |
|
Balai makan. Pas makan tak yah nak sesusah cari mana paip. Celup je tangan kat sungai sbelah tu. Hahah |
|
Ni ruang makan bahagian lain. |
|
Bilik RM500 ngko. Sedap la nak berhoneymoon kat sini. |
|
Dormitory dalam umah. Ada dua katil kat sbelah satu lagi. |
|
Laluan nak gi dorm tadi. |
|
Yang ni tak tau berapa semalam jika menginap. |
ko patut publish je nama org tu haha....biar tokey dia tau...kot la dia terbaca
ReplyDeleteItu la wo....rasa cam nak buh je. sakit plak ati bila mengenangkan kebongkak-an beliau
Deletecantiknyer tempat ni...
ReplyDeletesangat berbaloi. boleh bawak muaz main air sungai.
DeleteNice place... mcm best tgk all pic ni...
ReplyDeletememang nice place pun..jom bercuti disini....
DeleteMenarik tu tempat ni... dah lama saya dop masuk hutan...
ReplyDeletekembara kemboree la apo laie?
Deletehahaha
Sekali type tanah aina kuar plak blog u ols..kekeke
ReplyDeleteTmpt ni menarik tp mahal kut..tp comfortable kan? harga tu sekali dgn aktiviti2 ke??