Ok...kita stop kejap cite-cite travel Korea. Tengah dok busy main game sampai aku malas nak buat entry baru.
Memandangkan travel kali ni masih fresh, pada 22 Jun 2013, aku buat day trip. Takde la day nya, cuma pergi tu ari Jumaat malam naik tren, dan malam hari Sabtu dah balik kl. Sebenarnya lokasi yang nak dituju ni adalah pada tahun lepas. Akibat time kami gi tu dah nak dekat new year, memang ramai la umat. Tiket masih ada lagi dan valid selama 6 bulan, jadi buat perancangan utk pergi sekali lagi. Dan patutnya lagi (apa lagi ni bang?), kami gi bulan 4 lepas. Atas sebab-sebab tertentu, terpaksa la burn kan aja duit sebab tak jadi gi. Dan...(kali ni btul punya last dan), syukur Alhamdulillah, trip ni last minit plan. Beli tiket train pun awal bulan 6 ni. Mujur ada lagi cabin katil. Syukurlah nak.
Travel buddy aku dalam train adalah Wan. Plan asal kami berdua je, tapi last minit Isma and Mudme nak join. Mula-mula diorg cakap tiket pergi je ada, balik takde. So aku pun ingat diorg tak jadi pergi. Skali terpacak kat Woodland masa kami tiba. Macam-macam insiden la diorg alami. Sedih dan tumpang simpati kat atas apa yang berlaku.
Ok...dh cukup mukadimah. Dari Woodland train check point tu, naik bas ke Woodland MRT station bernombor 713 yang mengambil masa 10-15 minit perjalanan mengikut kondisi traffic. Kedian naik train ke Bishan utk interchange ke Harbourfront melalui Circle line (kuning). Perjalanan mengambil masa kat 45 minit gak ler. Lenguh kaki berdiri. Ramai plak pepagi sabtu ni. Mujur si Wan tanya pasal Ez Link card.
Wan : Kak, bapo hargo Ez link card tu akak?
Akak kaunter : Duo boleh singapo dola yo dik. Tujuh dola rego value ado kek dalam tu, limo dola rego kad tu.
Wan : Oh mughah tu kak, bapo lamo tahan tu?
Akak kaunter : Ekau pakai slalu habih copek la.
Wan : Eden maksudkan bapo lamo valid tu kak?
Akak kaunter : Oh....ingat apo tadi. Limo taun dik.
Wan : Bungkus duo kak.
Lima tahun itu macam pergi sana tiap2 bulan la...hueheuhe. Memang aku pun terus borong. Lepas dah beli tu eksyen dengan Isma and Mudme ler pasal diorg tak beli. Boleh la bergaya mcm warga tempatan. ekekek.
Ok..dah mengarut balik dah. Sambung cito. Setibo eh kat Vivo city tu, kami decide nak jalan kaki. Dulu dah merasa naik monorail, jalan kaki sejauh 500 meter. Time ni dok layan-layan jerebu. Pedih mata uii. Setibanya di lokasi, aku dgn wan tunggu pasangan suami isteri tu beli tiket. Walaupun kul 10.30 pagi, org dah start ramai berhimpun nak beli tiket masuk. Kat 15 minit gak ler kami tunggu.
Nasihat aku ye, dah beli tu terus masuk dalam. Jangan melayan benda-benda merepek kat dalam pintu masuk tu (kami sebenarnya byk main kat situ). Sebabnya, kejap lagi nak kena beratur lagi. Memang taniah la kami ucapkan, pasal dok main-main kat luar tu punya pasal. Kan dah kena beratur pasal lambat. Orang dah start ramai. Pandai siut diorg ni. Dia buat sumer benda tu sebab nak reduce queue time. Tahun lepas kami kena, nak beratur beli tiket 20 minit, dah beli tiket nak masuk kat pintu dia kena beratur dua jam, dan masuk dalam kena beratur lagi sejam. Memang kitorg balik KL la itu macam. Pandai-pandai la kalian manage time tu ye.
Lagi satu, korang akan jumpa 1st display panel. Memang besar, lagi besar dari Aquaria KLCC punya. Jangan korg ingat itu dah abis ye. Itu baru warm up. Kami mmg dah terkena skali lagi. Dok habis masa 1 jam kat situ. Aku tak berapa gembira masa ni, pasal dok compare dgn KLCC. Tak berapa best. Tapi sebenarnya perjalanan masih awal utk buat perbandingan. Dah abis masa melepak tu kami dah start jalan. Hamik ngko. Muntah tengok ikan. Aquaria sini jauh beza dengan Malaysia. Yang display panel terbesar kat dalam dunia tu terletak di hujung skali.
Benda paling sadis dan aku sendiri tepuk dahi adalah bila waktu akunya bateri kamera dah abis. Dah sampai kat tempat obor-obor, bateri memang dah tahap nazak. Bila sampai je kat display panel terbesar, bateri aku dah selamat. Adeh..sakit jiwa time ni. Bagusnya, aku dapat menikmati hidupan air ciptaan-Nya. Takde la aku sibuk-sibuk nak buat gamba dan video je. That's really good for me la sebab I can appreciate more.
Tips seterusnya, boleh seludup makanan, walaupun aku curi-curi makan dalam kecuakan macam orang pelarian. Aku target sampai pukul 3 je lepak kat dalam aquaria ni. Akhirnya tersasar sampai kul 5 petang. Kalau korang nak bawak tripod, boleh! Kalau boleh bawak yang lagi compact. Dekat cermin kebanyakkannya ada ruang utk korang bertenggek sambil menikmati keindahan hidupan laut.
Secara konklusinya, memang berbaloi-baloi pergi ke Aquaria sini. Bawak kanak-kanak lagi best. Diorang pasti excited punya.
Berikut adalah perbelanjaan yang habis:
Tiket train - RM 40 pergi, RM 46 balik ( Cabin katil )
Breakfast - 3 SGD
Ez link card - 12 SGD ( 7 SGD value, 5 SGD card )
Sentosa Entrance fee - 1 SGD
Aquarium Tiket - 20 SGD ( Den dapek student price tu, rege biasa 29 SGD )
Drinks - 2 SGD ( Pakai kupon free 5 SGD )
Lunch - 1 SGD ( Pakai kupon free 5 SGD )
Taxi ke Tiong Bahru - 2 SGD ( 8 SGD bahagi 4 orang )
Ice cream Durian - 5.60 SGD
Reload card - 10 SGD
Total - S$ 56.60 = RM 140. 93 ( S$1 = RM 2.49 )
Grand Total - RM 226.93
Dah berjalan dari
Woodland MRT>Bishan>Harbourfront>Outram Park>Tiong Bahru>Woodland,
kami punya Ez Link card ada belen 2.99sgd. Memang jimat skit berbanding beli tiket cash.
|
Kat KL Sentral |
|
Wan patutnya tido bawah, tapi ada orang nak tukar dengan dia atas sebab-sebab tertentu. |
|
Yeayyy...dah sampai Woodland |
|
Kami panggil kedai nasi lemak maki. Sebabnya tahun lepas kami order nasi lemak, makcik tu bley sound " Takkan makan nasi je?" Takkan aku plak nak kena cakap, oh buh sambal, buh timun, buh kacang ye makcik. Dah nama pun nasi lemak. Bukan aku minta nasi kosong. hahah |
|
Perit giler tekak aku pasal sambal dia pedas. |
|
Jerebu yang boleh kacau mood travel. Time ni kul 7 pagi. |
|
Naik bas ni ke Woodland MRT station. |
|
Ingatkan Negeri Sembilan tadi. |
|
Plan asal nak interchange kat Dhoby Ghaut station, last minit tukar plan. |
|
Kat Bishan station. |
|
Siriusli diorg kena tambah satu lagi sign. "Do not pick nose" Sakit mata aku terpandang diorg dok korek selamba yaya depan aku. Deng~ |
|
Depan Vivo City. Jerebu menebal. |
|
Tak nampak apa dah. |
|
Saja selit-selitkan Architecture skit. |
|
Sedikit info pencerahan sblum masuk. |
|
Kami dah sampai |
|
Kul 10.30 pagi punya queue. |
|
Ko masuk-masuk je ada theater kat sini. Jangan dok layan, balik bley tgk lagi. |
|
Ni la dia benda-benda mengarut aku cite tu. |
|
Dok tengok kapal la. |
|
Dok amik gamba limau lah. |
|
Padan muka dah kena beratur. |
|
Ni starting line, yang gamba atas tu tmpt korg sampai bila turun. |
|
Okes. dah nampak entrance. |
|
Ni la dia 1st display panel. Tgk kapal karam. |
|
Layan ikan jap. |
|
Terowong pertama. |
|
Butterfly fish |
|
Doubled Ended Pipefish tu yang macam tergantung2 halus. |
|
Silinder ni lagi besar dari yang kat KLCC, dan ini dah sparuh jalan. Memang cantik. |
|
Ikan kapal starwars. Broadclub Cuttlefish |
|
Orang dok sibuk tengok dolphin. Pandai plak dolphin ni buat show . |
|
Tengok jela. Nak belinya was-was. Akhirnya beli air sampai 4 botol pakai kupon free. |
|
Part febret aku. Dan-dan je battery dah nak meninggal. |
|
Purple-stripe Jellyfish |
|
Tudiaaa...display panel yang paling besar di dunia. |
|
Sangatlah best kat sini. Dok tengok Manta Ray berenang macam burung beterbangan. |
|
Cahaya tuju pada ikan Giant Grouper. |
ini lah hasil ponteng kelas malam ni hahaha..opss
ReplyDeleteup to date content katanya..hhahah
ReplyDeletewei xblh follow blog kau eh?
ReplyDeleteThanks for KTM Train info and route to SEA Aquarium..keep blogging..
ReplyDeleteThanks for visiting.
Delete