Pages

Friday, February 19, 2016

Anda akan terkejut tentang bagaimana jejaka ini murah rezeki

Tajuk memang propa abis. Klo tak, memang takde orang nak klik punyakan? hahhah

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua. Skip semua cite pasal travel korea dulu. Aku nak berkongsi sesuatu kali ni iaitu perihal rezeki.

Here is story of my Rezeki.

Fresh lagi. Semalam, macam biasa, aku join aktiviti language exchange. Kebiasaannya, selepas event, kami akan makan bersama. Biasalah kan, klo dah kuar makan ramai-ramai ni, kena plak berbilang bangsa dan kaum, tiada harapan punya makan gerai tepi jalan. Jijik katanya ( aku saja tambah ni. hahah) Paling koman pun mamak la kan, klo semua tengah sengkek time tu.

Jadi, kami memutuskan untuk pekena naan cheese meleleh. Oh ni bukan leleh tahap RSMY punya. Rasanya biasa aja, tapi yang aku boleh jamin, kuahnya sangat sedap. Aku saja la order ayam tandori yang harganya boleh menjerut leher. Saja cuba.

Dalam ahli yang turut serta aktiviti makan malam bersama ni, ada dua aja Japanese yang joined. Sorang mamat ni, sebabkan dia keje tak tetap kat Mesia, dan misi dia adalah menjadi femes kat Mesia, barulah boleh balik ke Jepun. Entah ia ke tidak reason dia tu, tapi dia ni memang seorang pelawak di Jepun. Femes ke tak femes, aku pun tak pasti walaupun aku kenal dia nak dekat setahun dah.

Panjang betul intro pasal mamat ni, pokoknya, aku cuma nak bagi tau yang disebabkan dia kena berjimat cermat, makanya dia order naan yang berege RM8, dan juga air kosong. Kami memang sengaja order air jug sebab nak bagi semua rasa yang air mango lassi kat sini sedap. Jadinya, aku faham lah situasi yang dialami oleh mamat ni, sebab klo aku tengah dalam proses nak berjimat cermat demi mengumpul duit sebanyak RM 1.5 billion untuk beli pesawat peribadi. Propa lagi.

Kadang-kadang tu, terpaksa la aku memendam rasa walaupun teringin nak makan sesuatu. Kawal nafsu beb. Tapi hanyut juga akhirnya. Ni situasi duit didalam tangan ada lebihan. Lepas solat Maghrib, aku terdetik dan terus pasang niat nak belanja portion si mamat Jepun tu.

Time bayar, macam biasalah bila dah kuar by group ni, klo ada yang nak dahulukan tu Alhamdulillah. Tapi sangat sukar lah nak jumpa insan budiman tu. Dalam dompet aku ada RM51. Aku proceed niat aku tu bayar RM50 terus. Secara amnya, klo sapa ada duit kecik, selamat dah, tapi klo duit besar ni memang tak berapa nak selamat. Aku kira-kira secara kasar portion aku cuma RM20 sahaja, campur membernya termasuk cukai semua dalam RM30. Aku pun cakap belen ni aku subsidi korangnya portion. Salah sorang rakyat yang join kami tu berucap.......

"Don't make things complicated"

Dalam hati aku terdetik, dah ngkorang klo nak sangat bayar sendiri2, baik gi makan kat medan selero yo. Klo dah kuar makan sama-sama, makan tu siap kongsi-kongsi lagi, apa lah salahnya klo bayar pun kongsi2 juga. In the end, diorg bayar gak sama rata tanpa aku suruh. Susah bai kuar makan ramai2 ni. Jenis nak bayar sendiri punya part, tapi cukai 16% tu ngkorang tak kiro plak. Hampas kelapa btul.

Sejurus kemudian, aku pun pulang dengan hati yang gusar. Ialah kan, duit tinggal singgit je ni. Buatnya tayar pocah tengah jalan, menolak la aku. Kendian, aku terpikir yang esok pagi nak kena isi minyak, aku dah siap2 merancang untuk korek duit syiling dalam tabung.

Mujur aku selamat sampai rumah. Syukur Alhamdulillah. Balik-balik tu, buka Pesbuk, ada la sorang ni post cerita pasal rezeki juga. Ringkasannya pasal beli kerepek dari kanak-kanak. Dalam hati aku, memandangkan aku percaya dan yakin tentang rezeki pemberian Allah, aku pun terdetik utk share story aku jika ada. Kemudian, aku check-check la sale gambar kut ada ke, tiada pulak dah. Ah tido la, sok kojo.

Sebabkan aku ada singgit je, ditambahkan pula aku ada meeting diawal pagi, makanya aku tak sempat nak breakfast. Gi lokasi meeting room dengan harapan dijamu dengan jus oren serta roti bakar bersalut baked beans. Memang tak dapat lah bang, gomen tengah takdo duit ni. Makan biskut cap pingpong cicah air 3 in 1 aja. Syukurrrrrrr lah noooook~~~~

Habis meeting, ohoiiii~~ perut lapar ni. Dah nak waktu lunch. Sebelum tu aku check e-mail, dan satu berita baik, iaitu hasil pemberian semalam telah dibalas pada hari ini. Aku submit banyak video kat agensi-agensi yang ada. Sale yang aku dapat ni dari agensi yang memang aku tak pernah mengharap ada sale disitu. Syukur Alhamdulillah. Sejurus kemudian, aku dapat panggilan jemputan makan tengah hari sebelum solat Jumaat. Alhamdulillah, makan preeee aku tengah hari ni. Mungkin lah sebab niat aku nak berkongsi cerita rezeki ni, balasan yang diterima adalah cepat.

Ok, here is the thing, tu baru mukadimah aja.

Mula-mula, aku sendiri pun tak berapa faham apa tu rezeki, dan macam mana ianya boleh diperolehi. Nak jadikan cerita, dua tahun lepas aku dipindahkan ke department lain. Disitu, aku tengok diorg ni semua sentiasa belanja membelanja. Sebabkan dah selalu sangat terima, perasaan tak sedap hati tu ada, jadi aku pun cubalah memberi pula. Hasilnya sangat memberansangkan. Sampai tahap, aku tak perlu nak withdraw duit dalam seminggu tu. Ada je sesi makan sambil dipayung oleh rakan lain.

Jadi, aku pun mula menerima pakai teori "More you give, more you get"

Tak cukup dengan itu, aku pun mula mengkaji perihal ni dengan lebih mendalam. Aku cite part yang mudah difaham, sebagai contoh, ianya bersangkut paut dengan orang disekeliling. Technically, bila kita berada dalam situasi yang semua asik bayar portion sendiri je mcm cerita atas tu, maka sampai bila-bila camtu. Maksudnya, dlm situasi aku, dalam suasana aku sebelum ni, "sekali ka, kira asing?" Kira asing bos!

Dan bila aku bertukar suasana, mula-mula rasa segan asik dibelanja je, tapi bila kita mula memberi, insyaAllah, ada rezeki untuk ko nanti. Yang penting, yakin rezeki itu dari-Nya, dan perbanyakkan beristighfar.

Klo kuar dgn geng2 laki ni, time bayar tu, aku paham, ada jenis yang campak2 duit, tak cukup topap ye kawan-kawan. Tapi yang probnya, geng akak-akak ni. Aku mohon maaf la ye, dalam sepanjang aku bergaul dengan masyarakat selama 12 tahun ni, belum pernah aku dibelanja tanpa diorg dengan rela hatinya......Jangan salah anggap, cuma point aku adalah......kadang-kadang tu aku tgk kalian ni agak berkira la. Dua hinggit pun ngkorang tuntut. Penah ada sekali tu, kes makan ramai2 la, tak cukup duit pun ko nak tuntut juga. Bila ada belen singgit setiap sorang pun, itu pun ko nak agih-agih.

"Eh ko jangan cakap camtu bang, klo diorg tak halalkan camne?"

Itu pasal lah aku karang panjang lebar ni supaya korang berfikir sejenak. Apa yang kita dapat tak semestinya rezeki kita, dan apa yang kita beri tak semestinya rezeki mereka. Oh agak tinggi pemikiran ngko ni jang. Ok aku bagi satu teori mudah.

Suatu hari Ahmad belanja Ali. Tapi, tak semestinya Ali nak kena belanja Ahmad balik, next time Ali boleh belanja Abu plak ke? Barangkali mana tau rezeki Ahmad plak, si Abu belanja Ahmad pada hari mendatang. Jadi, circle ni berpusing. Aku guna teori aku sendiri ni untuk faham tentang konsep rezeki ni berfungsi. Kadang-kadang aku explain benda yang sama kat Japanese tentang our culture ni. Actually Japanese pun lebih kurang sama je dimana orang lebih tua atau berpangkat kena belanja orang bawahan. Circle diorg sama, cuma diorg tak tau itu lah sebenarnya rezeki.

Kita selalu dengar, rezeki tu dari Allah, tapi persoalannya adakah kalian yakin dengan pemberian-Nya?

Tipulah klo korang time bagi tu takde rasa ragu-ragu atau sebaliknya. Sebagai contoh, ko terlihat pengemis di tepi jalan mahupun di medan selera, ko ada niat nak bagi ni, dah bagi dan niat ko betul, tapi datang plak si Shamsinar

" Eh Susila, yang ko bagi kat orang tu kenapa ntah? Ntah2 sindiket"
Dah sudah, yang si pemberi tu pun secara tak langsung ada rasa was-was. Nampak tak point apa yang aku nak highlight ni? Perkara ni, ko jangan la nak dibawa berbincang time kejadian ke apa, sebab klo dah ada niat nak bagi tu, bagi ajalah...terus niat kerana Allah. Soal betul ke tak, hanya penerima dgn Allah. Ko pasti akan dapat point ko balik nanti.

Tipu jugalah klo aku takda rasa terdetik untuk berkira tatkala didatangi bisikan halus syaitonnnn

"Eh bang.......dua hinggit tu~ Ko boleh buat bayar parking moto, cepat mintak balik bahagian ngko"

Kerap juga la situasi ni berlaku, tapi aku niatkan terus, halalkan terus jika ada lebihan, dan terus beristighfar. Penting betul istighfar ni.

Pernah ada sekali tu, aku mendapat jemputan dari rakan pompuan, yang rakannya dari Jepun nak mai Mesia. Gi makan-makan, sebabkan aku dah ada niat nak belanja, aku terus kan aja. Tapi yang minah ni, gigih la nak bayar kat aku balik siap berkata-kata lagi

"Tiada sebab u nak belanja kami, nah amik duit ni"

Astaghfirullah, aku pun terus cerita pengalaman aku kat dia, dan dia pun faham atas niat suci murni aku tu. Tak lama kemudian, aku received PM dari beliau dan ucap terima kasih sebab dia cuba practice benda yang sama dan hasilnya luar jangkaan.

Kita mungkin tak sedar sebenarnya, kadang-kadang rezeki ni perkara kecik pun boleh jadi. Setiap orang, waktu, suasana yang berbeza. Tinggal lagi ko sedar atau tidak. Mungkin ianya dibalas dengan cara lain. Kita tidak tahu kerana itu kerja-Nya. Mungkin juga time diuji tuh, katakan didatangi peminta sedekah, tapi ko tak bagi. Mana tau pastu ko dilanda musibah ke, takpun ko berlanja bukan-bukan pastu. Cuma reflect balik ye. Kita je yang tak sedar sebenarnya.

Satu je lagi aku nak korang buang habit ni jika ada.

"Belanja ah, tengah masyuk"

Aku yakin, at least 10% perasaan membelanja sebab terpaksa tu wujud. Aku nak tanya, ko dibelanja lepas ko meminta dengan ko dibelanja tanpa ko expect, yang mana satu buat ko terharu dan happy?
Orang putih cakap benda ni adalah Random Act of Kindness. Nampak lagi tak? Omputih pun tau, memberi lebih baik dari menerima, cuma diorg tak tau tu sebenarnya rezeki dari-Nya. Syukurlah nak~

"Rezeki jangan ditolak bang"

Betul, tapi janganlah. Please, jangan la korang meminta walaupun korang niat bergurau.

Oh panjang lebar aku karang kali ni, cite South Korea bila nak habis? Niat aku memang ikhlas, tiada unsur untuk berbangga mahupun meraih pembaca. Aku pun pada awalnya tak sedar dan tak betul-betul faham tentang rezeki. Ianya sebenarnya boleh jadi dalam banyak form iaitu faktor kesihatan, dipermudahkan urusan, dijauhi musibah dan sebagainya. Kita selalu dengar dan pandai plak cakap, tapi adakah kita benar-benar mendalaminya? 

 Ingat, sentiasa beristighfar, niat Lillahita'ala yakin akan pemberiaan-Nya dan selamat beramal.
Inilah rezeki yang membuat aku untuk terdetik berkongsi cerita aku.
Berikut adalah gambar rajah bagi menunjukkan konsep belanja membelanja

4 comments:

  1. memberi adalah syarat menerima. ujar Amin Idris ms sy attend program dia. nice sharing. kalo dah niat tuh, teruskan jelah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx for the info, sedang cari kut2 ada info lain Amin Idris tu

      Delete
  2. hahahaha....betul sgt2 jang...kalau kuar dgn pompuan (wpun diri ini pompuan) tp mmg berkira...satu sen pun kira...tax takder nak bahagi sama byk tp bahagi ikut brp harga makanan.....siap tik tik tekan kalkulator dlm hp lagi....adehhhhh
    tp betul la....byk memberi byk jugak kita terima...kena yakin!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba try skali je dulu bayarkan utk yg remaining ke dan lihat apa hasilnya. Mungkin kita takan dapat dari org yg tu, tapi mungkin org lain. InsyaAllah.

      Delete