Pages

Monday, December 28, 2015

Day 3 - Incheon Aiport

Hari ketiga dah. Kejap je, yela, aku habiskan hari ketiga dengan tidur aja. Gila letih bai walaupun aku takde buat apa-apa pun. Tolong temankan pun letih sebab nak kena berjaga sama. Buatnya klo aku lelap, kang dooommm time driving satu lagi pengalaman baru.

Seawal 5 pagi dah bergegas ke airport. Lepas hantar, setel semua benda dalam kul 8 camtu, dan kami nak kena bergegas hantar kereta plak. Dateline kul 12 tengah hari. Pas hantar kereta, trus balik umah.

Disebabkan duit dah abis, si Pami pun tak bawak cash, akibatnya, tengah hari ikat perut. Nak kuar pun malas. Makanya, hari ketiga aku dihabiskan dengan beradu selama 8 jam. Dah macam working hour plak.

Aku tak terkilan apa pun walaupun habis masa camtu je. Mengapakah? Sebab aku dah set bahawa aku nak santai-santai je. Aku dapat view baru dimana naik kereta dalam Seoul, kuar bandar skit, sampai lah aku dapat cam jalan ni tembus mana. Klo naik train, tak dapat pengalaman ni. 

Jadi, aku bersyukur dan thx kat Pami sebab dia bawak aku jenjalan secara tak langsung, dan paling best aku tak perlu bayar dia. huahuahauhuah. 

Pagi-pagi dah bergegas. Mata masih dalam keadaan mata panda lagi.

Ok sampai, ni gayanya macam aku sampai trus nak balik.

Aku fokus kat sapa sbenarnya ni?

Kali kedua menyaksikan kemalangan di Korea. Lokasi di highway.

 Yes, dah revive kembali. Aku tukar duit dgn Pami. negeheheh 

Skip trus ke cerita malam pasal kan aku habiskan masa dengan beradu.

Sejak kedai Double double(nama kedai makan yg bebudak ni bawak aku 3 tahun dulu) dah takde, susah nak cari kedai yg sedap kat area Inha ni.

Telur feberet

Pas makan, tenangkan perut sebentar, layan scenery yang aku rindukan.

Dalam kepala aku, waffle mesti la kena makan bila panas-panas, baru sedap. Tapi pelik skit style ahjumma ni. Dah le sejuk, baginya benda tu sejuk lagi dengan menjemurkannya.

2 comments:

  1. kiranya hari santai lah ni..ehem..sis JM tahu Rei intai sape

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu hari habis masa dengan tidur aja. Ahem...gamba sebenar tidak dihaplod. ekekeke

      Delete