Pages

Sunday, December 27, 2015

Day 2 - Itaewon>Ewha>Myeongdong

Sempat ke nak abis semua cite travel South K-pop ni?
Berapa hari lagi je tinggal nak masuk new year kan.

Bila tengok balik gamba-gamba yang aku shot, memang takde feel langsung nak select gamba2 tu sebab mmg crappy abis. Jadi nak belanja kalian pun cam segan je. Kalian boleh la scroll laju-laju ye sebab entry kali ni takde apa nak cite sangat.

Aktiviti yang dilakukan hanyalah menemani Pami dan customernya.





Benda ni paling aku rindu sekali nak dgr selain daripada announcement train. hahah

Haluan yang berbeza arini, tapi naik train sesama lah. Si Naz menghala ke simposium kerjaya, yang tak tahannya mamat ni hanyut pagi ni, dan langsung cuak takut terlepas slot Petronas.

First time masuk sini.
Aku ni takde la minat sangat nak tengok sejarah-sejarah ni, tapi......

Benda-benda miniature ni mmg kegemaran, jadi layan juga lah.

Tengah ada pengambaran apa tu? Macam berita je. Kut la aku dapat jumpa announcer Jang Ye Won ke

Seterusnya client Pami nak try pakai hanbok, malangnya 30/10 tu last day. 

Perut dah lapar, marilah menuju mencari makan.

Mambang mabok disiang hari, takde sapa nak tolong, sejurus beberapa minit kemudian polis datang untuk tanya kabar.

Tau kan kat mana ni?
Kosong kan? Tak sampai 5 minit terus penuh. Rezeki kami sampai awal sikit.

Haish....ngidam nak makan ni plak dah pas tgk gamba ni.
Pas makan, aktiviti balik ke hotel, kemudian menunaikan tanggungjawab. Seterusnya adalah disebelah petang nak ke Ewha plak. Time ni tgh salah jalan.
Sampai dah port cuci mata usya wanite-wanite

Port wajib la kan.

Kejap je kat sini, pastu beransur.
Part ni paling kesian kat Pakcik, sebabnya Makcik dok sedap shopping, Pakcik dah tak tahan kesejukkan. Memang sejuk gila time ni. Tak sampai 10 minit nak kena beransur dah.

Mesti ramai tau port ni. Aku first time sampai. Masa ni, Pami dah cakap klo nak order kena tunggu dia. Ikut aku, ok je klo nak tolong orderkan, yelah bukan client aku kan. Kang memandai-mandai sapa nak bayar? Terdapat sedikit insiden salah faham akibat komunikasi dimana tokei kedai nak amik order, kemudian aku cakap la dlm Korean utk tunggu kejap, jap lagi kawan aku sampai. Agaknya akunya Korean bunyi Branang kut, dia tak faham. Langsung kecoh kejap. Sampai ada sorang rakyat Malaysia ni offer nak tolong orderkan. Baik hati akak tu sebab tegur kami. Aku pasti dia student sini, klo pelancong gak komfem la buat tidak tahu.

Ohoi.....tetiba rasanya melakat kat tekak aku bila tgk gamba ni.

Misi seterusnya, gamba trus skip ye sebab nak cite yang pas hantar client balik hotel, si Pami ajak overnight kat Seoul. Aku plak nak tido hotel duit tinggal 2 keping je ni. Layan wayang jelakan.

First time tgk machine ni. Tak tau plak aku yg kat Mesia pun dah pakai. Tapi hairannya, bila aku gi KLCC aritu, ramai gak dok beratur panjang , tak nak pakai machine ni.

Acu convert tgk berapa duit untuk tonton satu muvie. hahah

Popcorn bukan main banyak lagi. Tak habis.

Pami cakap kat Korea night time muvie tak femes cam kat mesia. Hanya ada tiga orang time ni. Sorang lagi rakyat tempatan. Siap kena sound pasal kami berborak-borak. Ala rilek ah ahjussi. Muvi tak start lagi kut.
Beginilah rupanya pada waktu 12 pagi.

Aku folo ajala si Pami ni, memula tu seronok la.

Sedar tak sedar, dah 2 jam kami jalan pusing-pusing seluruh Myeondong ni pasal nak cari coffee house. Si Pami ni pun terkejut pasal takde satu pun yang bukak 24jam.

Makcik ni je yang ada, yang lain sumer tutup kedai dah.

Aku dah cakap kat Pami yang mcm takde harapan je. Jom la lepak mekdi ni Pami oii~ Zionis pun zionis ah. Time ni kepala otak aku memang dah jem sebab migraine. Aku sebenarnya rasa cam nak pengsan pun ada time tengah jalan2 tu. Last-last kami tidur mekdi gak. First pengalaman aku. Dapat tidur-tidur ayam je. Aku biarkan si Pami yang tido lebih sebab dia nak kena drive sok.



4 comments:

  1. aduss...rindu nk mkn Gosame...dh 2 kali mkn kat sana..marbeles

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time makan~~~~ fuh heaven dice rasanya. hahah

      Delete
  2. Replies
    1. mahal kut, klo kat mesia dah duk panggung mewah dah. ahahah

      Delete