Pages

Thursday, December 26, 2013

Day 4 - Naejangsan National Park

Day 4 - October 28

Kami check-out hotel seawal 8 pagi. Kuar-kuar je.....sejuk gila wei...bila cakap-cakap, mulut kuar asap wei. Kagum kejap. hahah

 Penjadualan itineri pun dah berubah, nak buat camne, tiada rezki untuk lama-lama kat Jirisan. Sebagai langkah keselamatan, malam tadi aku dah tulis tulisan hangul yg berbentuk mambang bujur, mambang bulat, mambang melintang. Ini bertujuan, pertama, kalau tempat tu takde tulis bahasa rumi, senang aku nak refer dari nota kecik aku ni. Tak perlu nak kuar-kuarkan map. Itu sangat cool kan supaya ngko akan kelihatan lebih ke-tourist-sannya. Tapi leceh ah! Kedua, klo gi kaunter kut aku sebut bunyi lain, diorg bagi tempat lain, jenuh aku nak patah-patah balik.

End of day 4 - 10,230 steps taken equivalent 8.18km

Tu dia.....satu hapa pun tak paham kecuali email address tu. hahah. Tiket Jinju ke Jeonju.

Dah sampai Jeonju. Katanya dalam 3 jam perjalanan, tapi sampai awal. Pantas!

Langit sangat cemerlang. Subhanallah

Tengah dok pikir dan mencari nak beratur kat kaunter mana. Mujur ada nota kecik yg boleh dirujuk.

Destinasi seterusnya, moh ke Jeongeup kita. Tiket kat sini senonoh skit sebab Jeonju antara salah satu tempat yang terkenal dengan Hanok Village yang ada.

Perjalanan mengambil masa selama 1 jam.

Dah sampai terminal Jeongeup. Kami bercadang nak lengkap kan siri alphabet motel yg kami menginap. Gi tanya rege, mahal bai. 30,000 won utk seorang/semalam. Lari bajet. Pi cari hotel lain.

Usah kuatir, kat sini bersepah motel. Kami pilih yang berdekatan dgn terminal bas.

Sebelum memulakan aktiviti berikutnya, kami mengisi ruang kosong dalam perut dulu. Saja test nasi ni, not bad. Tapi sikit.

Pukul 12.30 trus gerak, pas dah solat dan buat apa2 yg patut. Sepanjang perjalanan kami berdiri. Tengok ramai yg naik bas pakai suit hiking, maknanya kami berada dlm bas yg betul. hahah

Dah sampai lokasi. Ramai gila umat. Ok prob seterusnya, mana nak cari information centre. Hampeh lagi diorg ni, signboard takde.

Ada signboard ke Baegyangsa. Dalam 15km je. Klo naik moto kejap je tuh dah sampai. Kami decide pergi esok jela. Kang terkejar-kejar, apa pun tak dapat.

Akhirnya~~ syukur Alhamdulillah, barulah tersenyum skit. Tapi biasalah, manusia yg tak pernah puas. Nak lebih lagi. Kat sini je kat 15 minit kitorg berselfie.

Penuh kedai-kedai makan, nasib perut dah penuh. Klo tak terliur gak tengok Bibimbap yg tertera.

Singgah sini kejap untuk dapat kan info. Ini opis je daa. Klo nak info, gi depan skit. Kami just nak double confirm utk laluan ke Baegyangsa.

Ada festival apa ntah. Siap ada yg berjoget-joget. Kat atas tu nampak mcm ada observation deck kan? Tak tau camne nak gi situ.

Air jernih sungguh. Si wan mmg pakar shoot-shoot benda camni. Aku tak berapa reti malah takde terlintas pun nak shoot camni.

Tiru skit apa yg dia shoot. Hmmm~~ tak jadi apa pun?

Area sini tak fully pokok yang daunnya dah bertukar warna.

Entrance fee yg dikenakan untuk masuk National Park Naejangsan.

Kat area-area sungai, banyak daun yg dh berguguran.

Ada satu tempat tu, dia kelihatan seperti terowong yg dipenuhi dendaun merah dan kuning. Adakah ini tempatnya?

Pokok ni menjadi main attraction, sebab sini je yg kaler merah kat laluan ni.

Cerah mata sampai kat area sini. Puas hati dapat tengok dedaun merah dan kuning.

Agaknya sini kut tunnel yg diperkatakan. Kalau fully merah...MasyaAllah

Kami decide otw pergi tu naik cable car. Balik tu nak jalan kaki.

One way ticket. Round ticket rege 7000 won

Baru nak dok tepi tingkap, dah dikebas orang. Klo tak bley ah mengselfiekan diri.

Klo gayat jangan naik. Tinggi wo~

Aku dah mula rasa cemas. Orang dah takdo kat area sini...tapi buat-buat cool aja. hahahha

Naik sini area observation deck utk lihat pemandangan sekitar Naejangsan.

Tadaa~~ Ini viewnya.

Matahari mula surut. Cepat siapkan diri utk turun.

Apsal aku shoot gamba kat atas tak jd camni? hahah. tu angle lain.

Bila aku dah selesai, pi gerai yg ada kat atas bukit ni dan pekena air febret. Aku dok pikir, camne diorg mula2 setup tempat ni dulu siap bley buat kedai.

Oh ok~ Ini ke laluan yang nak turun kebawah? Perasaan cemas semakin meningkat. Hari pun dah nak gelap. Nak patah balik pun tiada gunanya. Nak naik cable car, beli sehala je, klo beli lagi sehala, rege dia sama mcm rege nak naik iaitu 5000 won. Nak tak nak kena turun gak.

Oh yes. Gamble turun je ni ikut naluri hati. Dah nampak bumbung temple, maknanya betul lah tu laluan kami.

Yeay...dah sampai. Kami berdua je yg ada. Hari pun dah gelap. Time ni lebih kurang kul 5.30pm

Takde apa sangat kat area temple ni. Naejangsan ni besar. So klo pergi dari pagi, memang sedang elok. Dapat cover banyak area.

Tak tahan nak jalan kaki, dari temple ke main gate, kami naik shuttle bas jela. Bayar 1000 won.

Sampai motel awal. Jalan2 kawasan sekitar dan cari air pisang. Malam tu, aku rasa nak demam. Mau taknya, tak penah2 naik bas jalan jauh2 dua hari straight. Mujur wan bawak panadol. Kul 8.30 aku dah tidur.

8 comments:

  1. Lawanye Naejangsan nih... harus kene terjah gak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. roger2 ... nak bertanye lagik ... dari tempat ko turun bas no 171 sampai ke tempat naik cable car tu, agak2 brape km kene menapak? aku nak terjah november nanti

      Delete
    2. alo bestnya gi sana.....tetiba jeles. hahah

      Dari tempat turun bas 171 tu, nak ke main gate dia agak jauh juga. Lebih kurang 1km+-.

      Klo naik cable car plak, make sure beli return tiket, cam kami kena tu jenuh nak menapak turun dari bukit tu.

      My advice, sini main attraction dia yg tunnel pokok tu, ikut rezki klo kena date nya time fullbloom, kompom taknak balik . So bila dah masuk main entrance, depan tu skit bley nampak shuttle bus service. So naik je bus tu, dia akan berhenti kat hujung macam ala2 tokong. Dari tokong tu, dah boleh turun ke bawah menghala ke tunnel pokok2 tu. And vise versa.

      Delete
  2. fuuhh memang lawa lah...paling best sebab tak sesesak seorak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak gak. kami sampai pun dah petang. dgn perkabaran, klo datang sini pada ari minggu, dia punya kesesakan tu boleh tahan gak. Selak orang baru nampak pokok. hahah

      Delete
  3. apa nama motel yang kamu tinggal?
    ada contact no?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry bos, lama gila komen ni, baru nak reply.

      Ekcheli, perihal motel tu, ada banyak sampai tak tau nak pilih mana satu.
      Korea ni pasal motel jangan risau bos, pergi area mana2 mesti ada punya.

      Delete