Day 1 - October 25
Bukan main bersemangat lagi aku nak hapdate blog ni bila dok baca orang lain punya travelog.
Lantas, aku pun mengigihkan diri untuk view seketul-seketul gamba, sblum ni yg aku dok pung pang tu aku just view mana-mana gamba yang aku nak jual. Untuk gamba-gamba snap shot cenggini, memang idok la teman nak nengoknya klo takde mood. hahha
Bila tibanya waktu untuk pulang ke kampung, melawat sanak saudara. Namun begitu, ntah mengapa hati ini tidak merasa keghairahan tatkala menjejakkan kaki di negara K-pop ini, tidak seperti dahulu. Ok stop mengarut! Kul 2 pagi dah ni, sok nak kojo.
So cite gi LCCT, beratur checkin, jalan kaki ke kapal terbang, pastu selfie depan kapal terbang supaya boleh menonjol-nonjol kat pesbuk , tu sumer aku tak yah cite ek? Kita skip trus cite atas kapal terbang. Punya lah aku sakit hati dengan AA ni. Pukul 3 pagi pun dok sibuk sorong troli kesana kemari untuk berjaja. Orang nak tidur kak oi~~ Yang para penumpang yg dikasihi sekalian pun satu hal juga. Sblum naik kapal terbang taknak melantak dulu. Mesti tak ingat orang tua-tua pesan, sebelum pi jalan, isi perut dulu. Nak buat camne, tambang murah katanya~
Baru 3 jam aku tidur, kul 6 pagi tu dah cerah. Oh sblum tu, aku dok side kiri kapal terbang, dok tengah-tengah. Sbelah aku yg kat tingkap ni takde orang, jadi aku pun dgn baik hatinya mengoferkan diri utk duduk sbelah tingkap (tetiba! padahal alasan nak tgk pemandangan. Celah mana nya bang oi memalam buta nak tgk bawah tu apa ada). Aku cakap kat gadis dressing ala-ala k-pop ni berwarganegara Indonesia dan berbangsa cina ( camne aku tau? pasal aku tgk passport dia dan dia cakap cino dgn rakan sbelah dia, jarang nak jumpa org Indo leh cakap cina) ok sambung balik. Aku offer kat dia klo nak letak kaki kat atas kerusi tengah tu letak la. Kut rezki aku ke, dpt la dia letak kaki dia atas riba aku. ekekek..takde, itu aku saja mengarut. Eleh...memalu plak minah ni. Cakap, "eh takpo lah bang, Milah taknak nyusahkan abang yo". Sekali tetiba aku terjaga nak gi kencing, bukan main bersilang kau yo kak? Aku nak kuar pun susah. hahha
Part satu laginya, bila matahari dah terbit kat sbelah kanan, tetiba je aku jadi jakun. Mana taknya, dia punya kemerahan campur keorenan tu lain macam. Slalu tgk kek tibi yo. Aku rasa mcm nak lari pergi sbelah mcm bebudak excited dpt tgk Boboi Boy punya maskot.
Setibanya di airport Busan, mcm kat lcct skit je, beza ada shuttle bus. Mak aiii~~ skali angin tiup...berdosup sojuk eh. hahah
Penafian: Adalah melanggari hak privasi seseorang individu apabila gambar mereka dimuat naik tanpa kebenaran. Akan tetapi, ianya adalah bertujuan sebagai kenang-kenangan milik penulis sahaja. Tiada unsur membuat keuntungan di sini.
|
Ini adalah barang rasmi yang dibawa. Bukan main sempoi bukan? Dah nama pun jantan. Hahah. Tu memori kad aku saje je eksyen, padahal bukan aku pakai CF card pun. Eh mana kamera? Dah aku shoot gambau ni pakai apa? Kamera hp z3310i aku mana canggih. |
|
Lagi perkakasan yang diperlukan. Bukan pakai pun kecuali map tu. Saje nak menunjuk-nunjuk |
|
Boleh bilang berapa ramai orang melayu. |
|
Pukul 1.35am, aku dah tak sabar nak tido ni. |
|
Yeay....dah sampai. Memperkenalkan travel buddy aku utk kali ni. Wan namanya. |
|
Benda pertama yang aku cari. Rindu bai nak makan benda ni. Tapi jenama dan perisa ni aku pestime makan. |
|
Borong kimbab plak. Nasib la ada tulisan rumi, klo tak, ghasak ko termakan perisa baby ke. |
|
Aku mencari biskut Lotte kegemaran aku. Namun gagal hingga keakhir perjalanan. Biskut ni nak buekpo bang? Kat KL bosepah. |
|
Tengok je, apo ghaso den tak tau. hahah |
|
Misi seterusnya, mencari bas ke guesthouse |
|
Ni salah bas, pasal gi stop lain. |
|
Lokasi yang nak dituju adalah Seomyeon Lotte Hotel. Bertuah ado tulisan rumi. Kut sumo tulisan hangul yg kejap2 bulat kejap melintang menogak, ntah mana2 la tempat yg dibawanya. Mana tau situ ada tulis keramat ke, semenyih ke, beranang ke. hahah |
|
Bas yang seperti dijadualkan dah sampai. Let's go~ |
|
Sempat snap ni je kat sekitar Busan Airport |
|
Jajang~~~ dah sampai Lotte Department Store. |
|
Subhanallah, langit biru tu. Susah nak jumpa awal kepul-kepul camtu kat Korea. Tgk rezki ye. |
|
OTW nak ke guesthouse |
|
Apo sunyi na tompek ni bang. Baru kul 10 pagi da. |
|
Aiiii...tak hepening pung tempat ni. Baca ribiu kan main. |
|
Ha....sama yoo~~~ |
|
Si Wan volunteer untuk uruskan guesthouse, aku folo aja. |
|
Eh bang, mana lorong ko nak bawak aku ni. |
|
Mujur terperasan signboard ni. Syukur Alhamdulillah. |
|
Klo tak perasan signboard tu, mmg tak tau yg guesthouse ni nak kena lalui lorong ni. |
|
Ya.....dah sampai... |
|
Ha ngko~ Indah kabar dari rupa. Elok ko toleh belakang main entrance je nampak tapak operasi kitar semula. |
|
Dah ada org lain yang check-in dulu. Elok pas kitorg je ada geng US plak baru sampai. |
|
Ni shooting dari rooftop. |
|
Ni klo memalam, bising bunyi ketapi la, bunyi kereta la pasal highway sbelah ni aja. |
|
Lagi view dari atas plak taman yang tadi tu. hahah |
|
Wow. comel gila interior, ni antara salah satu faktor kenapa pilih umah ni. |
|
Klo ko tinggi lebih 6 kaki, kompom tersangkut kepala |
|
Ruang berlegar untuk bersosial, padahal bukan ada masa pun. |
|
Apa motif dia buh bear ni pun aku tak tau. Kut mmg ada yang sanggup peluk2 ke. Idok la teman~~~~ |
wahh i like it very much.. more pics, less words.. hihi.. bestnyer.. nice hostel eh.. biskut bulat salut coklat dulu tu sedap laa.. biskut tu ke yg x dijumpai? sikit je barang.. best betull.. hihihi
ReplyDeletebiskut tuler yang cari tak dijumpai. Keciwa. Klo tak memang borong bawak balik sini.
DeleteTempat yg ade teddy tu cam best gak la klo dok2 lepak
ReplyDeletemalam kedua baru melepak situ, itu pun kena halau dgn tuan umah pasal bising sgt.
Deletewahhhhhh sronok nyer..... bile la dpt travel kt sini huhuhu.. (sambil2 kira2 budget .. emmm x cukup lg ni) :(
ReplyDeletekamon cik kak put~
Deletedok kira2 bajet mmg sampai bila tiada bajet. kena ada istilah"ter" hahahha