Pages

Tuesday, November 26, 2013

Bila Busan Aku Datang: Part 2 - Beomeosa Temple, Dongbaek, BEXCO, Haeundae.

Day 1 - October 25

Sejurus tiba ke umah tumpangan, tanpa melengahkan masa, kami terus bergegas ke lokasi pertama iaitu pergi ke Beomeosa Temple. Ianya terletak di bahagian atas Busan. Boleh pergi menaiki subway Line 1, dan stop di stesen Beomeosa merangkap 2nd last stesen. Sebelum tu, geng mat saleh yg baru sampai sama dgn kitorg, aku sempat borak-borak dan tanya diorg gi mana. Dia cakap macam nak gi ke temple. Aku kata la kat diorg " If you are going to Beomeosa Temple, maybe we can go together". Katanya tuan umah kata tempat tu tak best. Aku pun.....oh ok! Reason dia pasal semua temple macam sama aja. Aku perasan yang Wan mcm tak berminat nak menziarahi temple-temple ni. Aku plak, tujuan utama nak pergi tu pasal kat area situ penuh bukit-bukit. Sudah pastinya ada dedaun kemerahan. Bukankah misi utama untuk trip aku kali ini mencari dedaun kemerahan?

Gi kedai 7E, topap card T-Money, dan aku beli wifi prepaid card. Tujuannya supaya aku nak berkomunikasi dengan seorang rakan aku yang dah ada kat sini. Aku punya syak wasangka bahawa kasut aku akan buat hal memang menjadi kenyataan. Sblum travel lagi aku dah rasa yang aku akan kena beli kasut. Kasut jari jemari runcing aku ni mcm ada tanda-tanda nak tercabut tapaknya. Ahhh~~ takpa, kita pakai selagi boleh pakai.

Elok kuar dari subway, ada sorang pakcik datang sambil tersenyum riang dan bukan main bersemangat lagi. Dari jauh dia dah......

Ahjussi :Halowwww
Aku : Anyyeong Hasaeyo (Dan-dan kecek korea trus)
Ahjussi : Uwe ayu koing?
Aku : Errr....Beomeosa Temple.
Ahjussi : Oh good!
Aku : How far from here?
Ahjussi: Ship Sam Kilo ( 13 kilo)
Aku : Owwww~~ ( ntah betul ke tak 13 kilo, cari maklumat takde plak tulis bape jauh)
Ahjussi: Ok?!
Aku : Haa?

Tetiba je Ok orang tua ni. Rupanya pemandu teksi da, nak suh aku naik dgn dia. Nyaris nak kena pancung.

Malam plak, kami ke BEXCO, ada konsert k-pop katanya. Lantas bergegas ke lokasi. Kuar subway, ada ramai makcik-makcik berniaga kat luar bangunan BEXCO ni. Terdetik seketika, time tu ada polis lalu lalang, tapi diorang sikit pun tak kacau makcik-makcik tu. Depan bangunan ni agak bangsawan juga interior dia, slalu klo kat KL, contoh Pavilion, mesti dah kena halau makcik-makcik ni. Disebabkan kami lewat, konsert tu macam dah start. Jadi tak boleh masuk. Aku ingatkan tempat dia macam open, rupanya tertutup. Kat depan BEXCO, ada largest department store in the world, Shinsegae. Saja pusing-pusing. Memang bangsawan abis. Gamba takda ye , pasal tmpt ni klo aku hulur kamera nak snap , kompom kena halau.

End of Day 1 : 23,449 steps equivalent of 20.66km

Tengok kat dalam map, ada satu lorong yg lagi dekat dgn umah. Saja la ikut sini. Baru tau kenapa diorg tak rekemen lalu sini. Terowong ni one way, kalau kereta lalu, kut nak rezki kaki nak kena lenyek dgn tayar, tak bley nak kata apa dah. Sempit gila bai.
Ini saja propa. Masa kitorg lalu, ramai orang berkerumun. Dia tulis situ " I lost my job because of police". Perasan tak orang tua yg dekat dgn Spendarmen tu? Dia siap marah-marah amenda ntah. Rupanya, hari-hari berikutnya kitorg lalu sini , itu bukanlah orang yg pakai costume. Just costume je. Hampeh btui. Siap buh tabung derma kilat lagi.
First lokasi kami, ini adalah bus stop nak pergi ke Beomeosa Temple.

Boleh naik bas no 90. Dia akan berhenti betul-betul kat arah yg tunjuk kat dlm direction tu. Bukan berhenti depan bas stop ye.

Kejap je tunggu, bas dah sampai. Tidak perlu kuatir.

Kat sini bas berhenti. Kut nak balik takut tersesat pergi kemana, boleh naik dari sini juga.

Sempat main menatang ni. Motif, nak survey tempat shooting.

Oh yes, dah nampak dedaun kemerahan. Tapi port sini je yang ada...hampa.

Pintu gerbang utama. Tak tau apa dia tulis. Selamat Datang kut?

Awek tu lagi. Memang comei. shoot dari belakang aja deh.

Bumbung ni bersepah kat area Korea, tapi nak gak aku shoot. Barangkali hasil nukilan org yg sama kut.

Lagi gamba bumbung.

Kat sini ada diorg tengah bersiap-siap pasang kemah.

Pakcik tu aku ingatkan dia tengah baca sok kaba, rupanya baca map.

Nak kejar awek tu lagi. Pintu masuk ke temple

Naik sampai sini je, pastu aku tak shoot depan2 tu pasal dah start area temple

Next spot, Oncheonjang station, nak pergi ke Geumgang park.

Pada hari pertama ni, kitorg saja pakai t-money utk melihat keberhasilan penggunaan duit. Hamik ko. rugi abis. Tu la, nak test lagi kan. Esok baru plan nak beli daily pass.

Akhirnya......dapat gak minum air beras febret. Terbaik jep~

Memandangkan aku yang cadangkan nak gi sini, tapi aku sendiri tak plan camne nak pergi ke park tersebut.

Tengok map ni, macam besar jew, macam tak sempat jew nak cover satu hari.

Mungkinkah bukit kat belakang tu adalah park tersebut?

Aku tengok lighting matahari dah lain macam. Dia punya rendah tu dah cam kul 5 kat sini, padahal baru kul 3. Jadi aku memutuskan untuk tidak pergi ke park tersebut. Ditambahkan pula klo jalan gak, memang ini kes terjah.

Last-last kitorang shoot kat sini je, blakang subway station.

Dah start ramai penghuni, waktu keje makin tamat, bersiap sedia untuk berghasak.

Sudah sampai spot seterusnya. Kami plan untuk sebey port untuk shooting fireworks besok.

Saja snap walaupun aku dah print map ni siap-siap.

Perhatian! Ini bukan hantu kak limah balik pulau ye! Dia dengan rela hatinya tetiba datang kat aku. Barangkali dia melihat aku kelihatan gusar yang sedang memegang buku skrap penuh sarat maklumat perjalanan. Lantas dia menyapa aku dan bertanya tentang apa yang boleh dibantu. Ekcheli aku tak paham pun apa yg cuba dia nak tolong, dan aku buat2 dengar walaupun aku konfiden tempat yg aku nak sebey ni, aku takkan sesat. Ceh..berlagak ko kan? Aku gembira bila jumpa orang-orang macam ni. Dia berani dan tak segan untuk berbicara dgn orang asing.

Kawasan kediaman. Jikalau aku seorang yang berani, pasti aku gamble untuk naik kat atas bangunan area sini. Namun begitu, tak nak cari masalah punya pasal, aku menghindarinya.

Wow cuci mata! Hukuman sebatan ni bang, budak skolah towww~~
Dah macam bangunan kat Dubai. Inilah dia I'Park. Kawasan perindustrian dan juga kediaman bangsawan.

Sini lagi banyak dendaun kemerahan, tak sempat nak selfie je.

Pintu masuk tu sesuka hati je bley masuk, tak kena tahan. Kalau kondo area KLCC, mau dah kena kejar dh jika mereka melihat kelibat kita yang sedang melilau.

Ni aku dah masuk kat area dalam.

Matahari kian surut, kena cepat. Tak leh banyak main kat sini.

Aku sesaja jalan kat atas walkaway ni. Skali jalan mati daaa~

Hou yeah~ Dah nampak laut, maknanya kami dalam laluan yang tidak menyesatkan.

Cuaca sangat cemerlang petang ni. Subhanallah.

Banyak main kat sini.

Wow...makin cantik lighting ciptaan-Nya.

Ini merangkap makanan tengahhari dan makanan malam. Perut aku lapar gila ni. Kenapa tak makan? Hmm...panjang citenya. Malas ah aku cite. Aku tanya kat org kedai tu, adakah ini ada kandungan baby? Tengok kat situ mcm sosej, bila makan tiada pula perasaan tu.

Beli air tin ni sebab munyit tuh. Ok dop alasan?

Setel port pertama, pergi port kedua. Ini dah ada kat area Dongbaekseom. Ramai orang memancing, kacau penglihatan ah~~

Abaikan kesengetan gamba ni. Otak aku tengah senget. Ini adalah view Haeundae.

Lepas dari BEXCO, aku msg member aku yg ada kat sini, nak ajak makan. Perut dah tak bley tahan ni bai. So kami pun pergi lah ke Haeundae, dimana tempat dia menginap. Apa mcm da dia bley bagi salah direction. Tersilap tengok convenient store je. Dia cakap GS25, so aku pun jalan sampai jumpa bangunan ni. Tiba-tiba........

Kedangaran orang bersuit macam nak panggil macha amik order. Lantas aku pun menoleh belakang. Time tu terkejut gak, pasal orang mesia je kut berkomunikasi cara tersebut. Aku dah gelak-gelak bila jumpa mamat ni. Arul namanya. Dia bawak kami makan kat kedai dia bawak client dia tadi.

Ini adalah nasi goreng seafood. Perut lapar, apa makanan pun sedap jadinya.

Dah siap goreng. wihuuuuu~~

Sebenarnya aku gigih nak jumpa Arul pasal nak amik gamba sama-sama dah menunjuk-nunjuk kat wasap. Wahakahak. Bukannya kat kl tak jumpa. Pas makan, gi jenjalan sekitar Haeundae.

Tak sanggup la aku nak makan haiwan ni. Dah pernah cuba skali kat Terengganu.

Singgah kedai ni kejap, beli nasik-nasik.

Signboard utama. Lengang dah area kedai2 tadi. Tapi bila kuar je area sini, haa meriah~~ penuh kelab-kelabin.

Siriusli, enjoy gila show busking robing diorg ni. Port ni je ramai org. Artis-artis lain tak laku, kurang mendapat liputan.




5 comments:

  1. Wahkakakkakaka... ayat dah mcm cerita dalam majalah ujang!

    Gambar kau kena marah dengan incik pulis takdop ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tungggguuu~~
      Day 2 akan menyusul kemudian hari

      Delete
  2. Pic jambatan tu da mcm jambatan pulau pinang da... But matahari tebenam tu nice view... Like it...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang itu jambatan pulau pinang pun. aku takde gamba jambatan yg kat korea ni. hahah

      Delete