Pages

Showing posts with label Busan. Show all posts
Showing posts with label Busan. Show all posts

Saturday, December 14, 2013

Bila Busan Aku Datang : Day 2 - Part 3

Day 2 - October 26,

Bila aku browse balik gamba-gamba fireworks untuk entry kali ni, mmg aku rasa sakit hati kembali. Sebabnya, ok ceritanya panjang......jadi, adik-adik sekalian, sila sediakan popcorn serta kudap-kudapan sambil kunyah-kunyah semasa baca entry ni.

Sejurus melawat Taejongdae, kami bergegas naik bas. Alangkah malangnya, boleh plak jalan jam. Ni kira first time la aku merasa dok dlm kesesakan lalu lintas di Korea. Puncanya, ada construction jalan. Kira normal lah kan? Time tu dah kat kul 4.

Bila sampai je kat station Nampo, ramai dah umat nak berhijrah dengan menaiki keretapi. Tak pasti samaada diorang nak gi tengok bunga api gak, atau baru pas meroyan. Eh awal lagi, nak meroyan amende? hahha. Benar kata ramai pihak, sesungguhnya, jangan lewat tiba ke lokasi kerana dikuatiri akan ramai orang yang akan menghadirinya. Aku tak dapat nak bayangkan berapa ramai orang yg berkerumun kat Gwangan Beach tu. Yang pasti, mmg ramai gilasss~~

Ekcheli aku dah tersalah pencaturan naik train. Kalau aku ikut laluan Yeonsan>Suyeong>Dongbaek, berkemungkinan kami tidak perlu berasak-asak sebabnya laluan kami tidak menghala ke Gwangan. Takpa lah. Nak merasa berhimpit-himpit katanya. Belum apa-apa....haa ngko! Mula-mula je seronok kan, pastu nyosal. hahah.

Ok dah skip cite tu semua, kita back tu main agenda. Akibat dari kelewatan kami itu, kami tiba jam 5 petang lebih. Spot kami dah dibanjiri dengan umat-umat. Siap berkelah ngko~ Bau ayam masak merah ada, bau kari sotong tiga rasa ada, macam-macam ada. Takde la...aku tipu. Tapi mmg ada bau makanan. Perut pulak meminta-minta supaya disuapkan ayam. Dah dua ari tak makan ayam ni. hahah.

So bila dah ramai umat, cadangnya aku nak kedepan skali. Dikuatiri kut ada malaun yang tak reti dok diam, langsung inteprem gamba aku kan? Yang tak syoknya, bila dah setting2, ada minah k-pop belakang aku kata tak boleh dok situ. Aku pun anjak kebelakang skit, kut kacau view dia ke. Pastu dia kata dok situ pun tak boleh, pastu bangun. Rupanya aku dah duk kat luar garisan yang tali kuning dalam cerita CSI slalu pakai tu bila berlakunya pembunuhan. Aiya....diorg tu volunteer rupanya, aku pun tak perasan pasal dah gelap.

Tak kisah la dah kebelakang skit, masalah tambah lagi, yang minah tu boleh nak dok depan aku kan? "Cik kak oi, ko ingat aku nak hadap ngko ke? Aku nak tengok bunga api la, shuh~ tepi skit!" Tanpa aku suruh, agaknya dia mcm tau apa aku nak cakap, jadi dia pun mcm berganjak sedikit. Setel satu masalah. Kat sebelah aku, aku mcm dengar ada orang cakap Indonesia. Aku dengan ramah mesra nak ajak berborak la kan. Sekali......siut ko bang, cakap korea plak dgn aku. Muka muda, so aku suspect mcm student la kan. Keje sini katanya. Time ni aku tak suspect apa-apa lagi.

Masalah kedua plak muncul, tetiba ada polis bley plak datang dan berdiri depan kamera aku. Aku pun cakap la " Excuse me, can u move aside a bit? U are blocking my view ". Dia bley buat muka ketat, pastu buat tak tau. Time ni aku dah mmg menyirap abis. Rasa macam nak cakap dengan dia pakai kaki je. Kang tak semena-mena tidur lokap. Yang buat aku geram tu, takan la tak boleh pikir, use common sense skit. Memang aku rasa mcm nak cakap kat dia dalam bahasa nismilan je. "Bang, esey ni datang jauh. Datang semato-mato nak nengok bungo api ni yo ha~ Ensot la sanon skit..ayooo haiii"

Ada satu insiden terjadi, segerombolan umat boleh buat tak paham dan melanggari perintah. Diorang ni ramai-ramai gi dok area yang telah berpagar. Datang la polis menyerbu utk mengarahkan diorg berpindah. So yg polis depan aku ni pun beredar, aku dah happy. Tetiba datang balik. Bukan orang ramai tu yg kena halau, rupanya polis ni yg kena halau. Ada sorang pakcik tu mengamuk beria-ria marah kat polis-polis ni. Semua buat tak paham je bila polis suh beredar.

Kesejukan mula dirasai, barulah aku tau, kenapa orang pakai baju tebal poyo tu. Yela...aku kan tak penah gi tempat sejuk, paling sejuk pun kat opis aku, itupun sebab ekon. Dan satu lagi, baru tau kenapa perlukan tripod's leg warmer. Ingat orang je ke kena pakai warmer, barang kamera pun perlu tau. hahahha



Orang dah start penuh nak gi tengok bunga api. Eley...ko nak amik gamba minah k-pop tu kan? hahah

Dah sampai Seomyeon untuk tukar train ke Dongbaek.

Disebabkan sini station yang boleh dikatakan utama, jadi ramai yg naik train kat sini. Bukan polis yg jaga, tu askar terpaksa turun padang. Tengok je ramai camni, percaya atau tidak, aku hanya tunggu trip dua train aja. Itu menunjukan betapa frequent dan besarnya train diorg.

Test shot sebelum bunga api start. Aku dah mengigil-gigil kesejukan ni.

Doom, dam, doom. Bunga api pun dimainkan selama 45 minit. Puas hati bai. Pix ni tipu je, 15 layer bai aku ngedit nak kasi jd camni. Itupun masih gagal. hahah

Tak kira, aku nak tunjuk gak yang ni. Tu kesan dari lampu yang dihuyung-hayang oleh polis yg dok depan aku. Ko ingat aku nak shoot light painting ke bang?

Setel je, trus blah. Skali lagi, kami amat bersyukur sebab tak perlu berhimpit naik tren sebab stesen kami adalah sebelum Gwangan beach tu. Pekena burger ni dulu sblum balik umah. Setahun tak makan ni, rindu. hahahha

Shoot-shoot dulu, plan nak jalan-jalan sblum pulang. Mengenangkan esok nak kena jalan jauh, so kami pulang je lah.

Happening gak sini walaupun dah kul 10.

Hajat aku untuk membeli kasut tidak kesampaian lagi. Sini ada kasut Nike yg murah. Elok nak masuk je, diorang dah siap-siap pasang palang tutup kedai.

Pusat dangdut banyak kut sini? hahah

Gamba last utk hari kedua. Dah sampai umah, bukannya aku tidur. Transfer gamba dulu. Ada sorang mamat dari China ni, dtg semata2 nak tgk bunga api gak. Dok melayan dia borak sampai kul 1 pagi.

Friday, December 6, 2013

Bila Busan Aku Datang: Day 2 - Part 2

Day 2: October 26

Dey~ Bila mau habis daaa~ Ni baru hari ke-2, part 2. Ada lagi lapan hari nak kena cerita ni haa. Eh! Skati aku ah~ Klo aku buh skali sumer cite, sok lusa dah takde cite. Lagipun kurang la jumlah view aku nanti. ekekeke

Next stop adalah, gi ke Nampo-dong sebab nak menghala ke Taejongdae. Waktu tiba kat sini adalah pada jam 12 tengah hari. Oleh kerana perut aku lapar, jadi terpaksa ikat perut kejap. Rancangnya, nak cari convenient store untuk borong seberapa banyak kimbap yang boleh. Namun, apa kan daya, time nak cari tu la tak jumpa, tapi bila tak diperlukan tu bersepah-sepah plak ada. Haiya.

Kami tak habis explore sangat kat sini disebabkan oleh masa dan juga bukanlah objektif utama kami untuk jalan-jalan kat sini. So just pergi kat persisiran jalan utama je, tak masuk ceruk lorong kat dalam-dalam tu.

PS: Gamba kali ni takde unsur kesenian langsung, ini kerana lebih kepada nak tunjuk pada penonton tentang apa yang ada di sekitar kawasan ni.

Penafian: Adalah melanggari hak privasi seseorang individu apabila gambar mereka dimuat naik tanpa kebenaran. Akan tetapi, ianya adalah bertujuan sebagai kenang-kenangan milik penulis sahaja. Tiada unsur membuat keuntungan di sini.


Dah sampai Nampo-dong. Itu gula tarik tak menarik perhatian aku langsung. Nenanti la aku tgk diorg buat show masa kat Seoul.

Dah start ramai umat. Baru ingat arini ari Sabtu daa~

Saje nak merasa jadi orang k-pop. Makan dah le berdiri, pehtu kat tepi-tepi jalan lak tuh. Kat sini memang kena pancung abis. Langsung jadi makanan tengah hari aku. Nak tau kenapa, signboard dia tulis 3 singgit. eh silap. Lima 3,000 won. Skali dia cas aku 5,000 won. Tergamam la kejap. Nak lawan tak reti cakap. hahah

Ni dia makanan tengah hari aku. Mandu namanya. Bukan madu ditangan kanan mu. Dia bagi kitorg 10 ketul. Sampai tak lalu nak makan dibuatnya. Tengok kat tv, bukan main sodap laie kan diorg makan? Skali bila rasa, errr...Oh ya! Mandu ni ada byk jenis. So yang aku makan ni, nescaya tiada pengunaan minyak yg telah dicampur dgn menggoreng mandu versi baby.

Ada feel-feel Myeongdong skit. Tapi sini lagi sempit.

Amik gamba map dulu, kut nak refer senang. Besau juga sini.

Seterusnya singgah sebentar di Jagalchi market yang terletak bersebelahan aja dengan Nampo-dong.

Bersih gila pasar basah diorang. Tak perlu berjengket kaki mahupun menyenteng seluar bertingkek-tingkek.

Ni kat luar, waktu pagi or sunset mungkin cun. Takpa, next time ada rezki shoot sini pula.

Tapi bila tu? Tunggu AA buat promo lagi ah. hahahah

Sempat buat duit skit. Satu benda yang best time ni dimana aku memakai kasut jemari runcingku, ianya telah menarik minat para ahjumma dan ahjussi yang jual seafood kat situ. Memang rezki aku lakan, sebab senang nak amik gamba. Diorang pasti bagi dan tak marah-marah punya.

Eley bang! Ini kek pasar borong Selayang pun ado. Rege seafood kat Korea ni lagi mahal dari korang makan ayam.

Ko tengok joran tu. Dah sama tinggi dgn bangunan sbelah tu yo. Itu klo bawak naik moto mau tersadung kat wayar letrik.

Hou yeah~~ Air febret sudah jumpa.

Area sini banyak jual yg versi kering-kering punya.

Nampak dah kelibat Busan Tower

Kat sini tempat nak naik bas ke Taejongdae. Klo sesat, cari lah Lotte Dept. Store.

Jauh gak perjalanan nak ke sana. Ni baru je dapat dok. Sblum tu, aku berdiri sambil pegang botol air aku. Ntah bagaimana, bas tu tetiba boleh layan lap dan menyebabkan botol air aku terpelanting. Mujur tak kena orang. Aku punya tahap kemaluan tu, memang tak usah ukur la.

Dah sampai~ Cuci mata dulu tgk gadis-gadis k-pap!
Tengok ah restoren ni. Habis tingkap dihiasi dgn menu. "Acik, bagi menu." tanya sang kastemer. "Tu ha tengok kat tingkap tuh jang oi~" jawab pemilik restoren dgn nada keberangan.

Balik, sila naik bas dari sini.

Tiada sorang pun aku lihat orang main tikam belon tu.

Dah sampai pintu gate.

View dari arah datang menghala pintu gate.

Konon-konon baca dulu ah, baru macam pelancong. Pui~ takdo maso bang.

Sebenarnya aku dgn Wan bley plak dok pikir nak naik ke tidak keitapi ni. Nak jalan, tak tau berapa jauh. Akhirnya naik juga tanpa melenggahkan masa.

Dekat dua trip gak baru dapat naik

Trip aku kali ni aku jadi clumsy betul. Slalu klo barang mesti aku organize dgn baik. Time nak check tiket, aku dok raba2. Eh mana tiket aku? Sudah....cemas seketika. Dok cari2, rupanya ada je kat dlm bag kamera. Haiya~

Aku musykil macam mana diorg boleh pergi seberang batu tu.

Ada cerita sejarah dia, tapi malas nak amik port.

Aktiviti tambahan , shoot model. Hahah. Aku tipu! Choi Ji Woo jadi duta Busan. So ada galleri gamba2 dia kat sini. Gamba mmg super best.

Best plak tgk view akuarium ni. Nanti ah pergi. Aku memang tak bley tgk tempat2 akuarium ni. Mesti nak kena pergi.

Tiada rezki daun merah lagi. hmmm~~

Jumpa port baik utk buat duit. Tapi......

Haa ngko. Sib baik kesuntukan masa, klo tak mmg aku dah turun kebawah.

Keitapi mini tu ada banyak stop, aku tak tau dia stop kat mana dan mana utk spot yang aku nak gi. Rupanya kat belakang tu ada tulis stop dia da~

Wednesday, November 27, 2013

Bila Busan Aku Datang: Day 2 - Part 1

Day 2 - October 26

Hari pertama sudah pun berlalu, tapi aku masih rasa menyesal tak beli kasut yg berege 10,000 won masa kat Beomeosa. Harini dijangka akan sejuk gila. Tuan umah berkali-kali pesan " Kalian jangan lupo bawak baju tobal, malam ni sojuk". Itu yang Wan gi cari gak sweater, mujur dapat 10,000 won. Aku je ni ha...tak beli-beli lagi kasut. Takpooooo~~ kat depan-depan tu nanti mesti ada murah. Mano ado bang. Rege sama je, cuma pattern takut ko tak berkenan plak nanti. Oleh yang demikian, satu pengajaran yang boleh dijadikan tauladan, klo ada barang berkenan trus beli, jangan pikir sebab boleh jadi kat depan-depan tu nanti tiada, atau lagi mahal. Tiada istilah mahal sbenarnya atau rege jauh beza. Harga semua sama aja. Tu kalian usah kuatir.

Dah dah~ Bila nak start cite ari keduanya ni? Haishh~ Pas brekpest, trus bergegas ke subway station. Kami decide nak pakai One Day Pass. Semalam aku rasa duit dalam T-money aku macam bukak paip air kat masjid time nak amik wudhu. ( mesti korang pun penah buat gak kan? tak jimat cermat dgn penggunaan air).Elok sampai kat mesin beli tiket tersebut, kami didampingi oleh seorang Ahjussi yang berusia lingkungan lewat 60-an. Dia melihat kelibat kami sejurus kami masuk ke subway.

Ahjussi : Nak poie mano?
Aku: Poie Taejongdae acik.
Ahjussi: I'm volunteer here (wah...langsung cakap omputih ngko)
Aku: Can I use the One Day Pass
Ahjussi: Sure~~ can~~~~~ (Sambil menunjukkan cara penggunaan mesin tersebut)
Aku : (Kagum kejap, padahal mesin tiket je kut)
Ahjussi: But u only can use 1000 won note.
Aku: (Tercengang kejap pasal aku takde duit kecik, wan pun sama)
Ahjussi : Tadaaa~~ ( Sambil mengeluarkan duit dari poket dia )

Ai....main magic-magic plak pakcik ni, aku dah mula risau dah ni, takut kena pancung ke apa. Yelah....zaman sekarang ni mmg kena skeptical skit walaupun semua orang tu tak semestinya jahat. Tapi mood aku terus jadi happy pagi ni sebab dapat jumpa orang yang baik hati. Dia yang rela hati datang kat kami, dan tunjuk camne nak pakai. Walaupun bahasa omputih dia boleh la skit-skit, janji paham apa yang dia nak sampai kan. Macam aku cakap sebelum ni, aku memang gembira bila dapat jumpa orang-orang camni.

Dah naik train semua, first kesilapan yang kami dah terbuat. Terlajak stesen daaaa~ Hajatnya nak pergi ke Taejongdae dulu. Aku suspek cuaca akan terik nanti, jadi tak best la nak shooting-shooting. Stesen yang nak kena pergi adalah Nampo-dong. Camne tah bley terlajak. Sebab masa kat train tu aku rasa mcm dia tak jauh dgn Jagalchi stesen. Trus tukar plan. Kami decide pergi ke Gamcheon Village dulu. Time sedar silap tu kami dah ada kat dengan last stesen. hahah. Patah balik bang~~

Suasana pagi kat area Seomyeon. Ni kami sengaja ikut laluan lain. Kat area ni penuh pub, bar, disko, tesco...eh tu takde.

Nampak tak laki baju merah tu dgn pompuan tu. Pepagi dah bergaduh. Ini mesti gara-gara berjoget dengan pompuan lain kat kelabin semalam. hahah

Wah......macam kat intersection Shibuya. Macam penah pergi je kan aku ni? hahah

Bukan main meriah lagi kedai telifon tuh.

Start dari hari ni, kami ikut laluan dari exit 7. Meriah skit laluannya. Tak macam laluan semalam.

Bergamba bersama Ahjussi tadi. Elok plak kepala diorg lentok ke kanan. hahah

Ini adalah rupa One Day Pass seperti yang dikabarkan.

Seodaesin, stop yan kami terlajak tadi tu, dan kami akan patah balik ke Toesong Station.

Dah sampai area Toesong. Kat depan hospital ni lah nanti korang akan naik bas ke Gamcheon Village.

Boleh naik bas no 2 dan 2-2.

Kau tgk budak dua orang tu mengselfie. Hahah. Bas ni kecil je. Kena berdiri lah klo penuh. Lokasi nak tuju ni akan melalui jalan dan lorong yg sempit serta akan mendaki bukit. Bersiap sedialah untuk tergolek-golek dalam tu.

Dah sampai. Kasi cam ini tempat ya...nanti senang klo sesat.

Dia akan berhenti kat depan ni. Apa nama tempat tu aku dah lupa.

Boleh tengok dan rancang perjalanan anda disini.

Ekcheli ada je jual map kat sini. Dan dgn map tu, ada la sedikit aktiviti yang korang kena buat, mcm treasure hunt gitu dengan mengumpul stamp. Bila dah penuh stamp, bley tukar dgn poskad. Aku nak buat benda ni, namun begitu, masa tidak mengizinkan.

Ada banyak mural painting area sini.

Aiya...aku lupa buh watermark utk gamba ni. Kang orang curik kang! hahah. Ini adalah ibarat landmark utk kawasan ni selain dari observation deck.

Lagi hasil seni yang tidak ketahuan pemiliknya.

Inilah dia observation deck, take ur time utk hamik gamba sesuka hati. Eh...ekcheli ada limit dia. Tapi orang yang jaga tu buat tak paham je tgk aku dgn Wan dok lama-lama kat sini.

Salah satu view dari port tadi.Timelapse syok ni.

Penulis bergamba dgn Kim noona. Dia antara volunteer yang ada. Sekali lagi aku gembira bila berjumpa dgn beliau. Kami banyak berborak perihal history di Korea. Beliau menggunakan psychological approach dan membuatkan anda akan rasa cepat mesra dengan beliau.

Area kediaman disini berpenghuni. Makanya, sila jaga tingkah laku anda ditidak berlaku sumbang.

Sukaaaa exterior camni. Tetiba~

Larat tak larat je ko nak jalan area sini.

Kuih koci. Terbaik. Rasa yang sungguh enak seakan-akan kuih apam.

Kitorang jalan sampai sini je, pastu patah balik. Rancangnya, nak cari spot shooting Running Man. Dah map pun takde, main terjah je, ntah sampai ke pelusuk mana plak nanti.