Pages

Tuesday, September 29, 2015

Anda tidak akan percaya selepas melihat gambar Bon Odori ini.

Huahauah...kena dah~ kena dah kalian.
Mesti korang pun terus kelik bila baca tajuk entry yg separuh lengkap. Aku pun selalu terkono camtu. ekekek

Cerita lama sebenarnya, tapi belasah aja ler update. Kalau nak diikutkan, aku tak berapa berkenan nak pergi Bon Odori ni. Satu sebab, aku tau sure lah ramai umat. Nak berhimpit bergasak beramai-ramai, eeee~~ tak kuasa mak. Kemudiannya, mengikut anggaran ramalan cuaca, dijangka hujan. Memang hujan pun tempoh hari. Lagi lah bertambah tak kuasa mak nak pergi.

Ntah macam mana, mungkin selepas diajak oleh salah seorang rakan Japanese ni, katanya moh ler kita pergi bersama-sama. Langsung terus ubah fikiran tanpa memikirkan faktor-faktor yang diatas itu tadi. Sehari sebelum kejadian, gigih aku gi cari Yukata kat Mid Valley. Harga mahal weih. Dah macam rege sepasang baju raya cap Aaron Aziz . Pikir-pikir haish~~~ nak beli ke idok. Kang beli pakainya setahun sekali.

Kol member, katanya ada satu kedai kat area Damai Damansara. Aku pun tutup sebelah mata dan decide pada hari kejadian untuk jenguk kedai tu. Rambang mata weih. Pompuan syok la pasal beraneka pilihan. Untuk lelaki cam limited skit. Aku tanya akak tu, buat sendiri ke, dia cam tak mengaku. Katanya import dari Jepun trus. Aku pasti dia jahit sendiri pasal jahitan pun compang camping. Ghasak la, janji murah.

Oh reason kenapa aku nak sangat beli, pasal aku pasti rakan-rakan aku pun dijangka menyarungkan yukata ni. Erti kata lain supaya aku tidak berasa ganjil sebab tak pakai, so beli aja. Memang aku jadikan jubah raya aku trus. hahaha

Overall, best pergi Bon Odori ni. Lagi best bila pergi dengan kawan-kawan. Ketagih kejap aku untuk berjoget-joget ni.
Cukup la beratur sekali je. Tak larat menunggu dalam kehujanan. Akibatnya kepala dilanda migrain sebab lambat makan.
Gigih berpayung
Macam tak percaya pas tengok gamba ni. Punya lah ramai umat
Rehat sebentar sebelum next round
Sambung joget balik
Berjoget dalam kehujanan. Ghasak kau kak~

4 comments:

  1. Mana gambau ko dalam uniform ittew

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ingat gamba uniform kakitangan pekerjaan? cis~ hahah

      Delete
  2. yukata buat baju raya? hiksss

    ehh kat mana lokasi festival Bon Odori nk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kompom ramai org pandang klo buat Yukata pakai time raya. hahah. Ni kat Shah Alam.

      Delete