Pages

Wednesday, December 31, 2014

明けましておめでとうございます - Selamat Tahun Baru

Assalamu'alaikum semuanya pun~

Bila pikir balik, rasanya baru je aku buat entry recap untuk tahun 2013. Ni dah nak kena buat recap untuk tahun 2014. Punyalah pantas masa berlalu tanpa disedari. Senang cite kat blog aku ni pun bukannya banyak entry. hahahah

Tidak ada apa yang menarik yang boleh dikongsikan bersama pada tahun ini. Namun begitu, apa yang sangat aku banggakan adalah impian tercapai sejak 15 tahun dulu dimana ingin menjejakkan kaki di Jepun. Terima kasih AA sebab buat promo Nagoya, dan terima kasih kat gomen JP sebab mansuhkan visa.

Kedua, perkara yang aku sendiri tak sedari beberapa bulan lepas balik dari Jepun aku terus decide nak belajar bahasa Jepun. Dan kini, sudah hampir 5 bulan aku mempelajarinya. Pendek kata, tahun ni banyak pasal Jepun la. Aku banyak dapat kawan Jepun baru, kenal dgn cikgu Jepun, makan makanan Jepun. Poyo betul bunyinya yg terakhir tu. hahaha

Klo tahun-tahun sebelum ni, semuanya tentang K-pop. Ramai kengkawan Korean, dan time tu sorang kawan Japanese pun tiada. Kadang-kadang aku terfikir, macam nak belajar bahasa Korea plak, tapi tu nanti lah dulukan? Mabuk plak nak menghafal vocab dan grammar baru. 

Ada dua entry yang masih pending iaitu entry gi Phuket dan diving. Tak taulah bila boleh hapdate. Akhir kata, kepada sorang dua yang mengunjung blog ni, terima kasih banyak. Harapan di hari mendatang untuk mendapat lebih ramai pembaca. (Errr...tambah poyo lagi mamat ni, entry pun takde nak orang baca plak...hahahah)

Berjaya sampai Phuket. First travel of the year

Tokyo Skytree. Bila mampu je baru aku nak naik atas tu. hahah

Antara neighborhood yang aku paling suka kalau diberi peluang utk tinggal di Tokyo iaitu Inokashira.

Alhamdulillah. Diberi kesempatan untuk melihat sakura walaupun pada awal trip semua dah togel-togel.

Masa ni dah keciwa skit, iaitu sewaktu tiba di Nagoya pada hari kedua. Tapi masa ni aku mmg dah expect yang akan gagal untuk melihat sakura.

Di Gifu. Oh sekarang ni aku tgh layan cite Nobunaga Concerto. Ada masa mmg aku nak tau sejarah pasal pahlawan samurai yang terkenal ni. Tapi apa kena mengena Oda Nobunaga dengan tempat ni? Sebab disinilah tempat jajahannya dan kemudian beliau bercita2 utk menguasai seluruh Jepun.

Seluruh jiwa ku telah ku serahkan untuk mu. err...geli geleman bila aku baca balik stetmen aku tu. hahah. Banyak masa dan wang telah aku invest dalam mempelajari bahasa Jepun. Sampaikan , aku punya jualan stock photo pun telah diabaikan. PS4 pun tak beli-beli lagi ni. adui~~~ takpe demi masa depan yang gemilang.

Akhir sekali memang aku sengaja beli notebook ni supaya setiap kali aku pegang, menjadi sumber motivasi aku. Kalau nak pikir kata klo 15 tahun dulu aku dah belajar pelahan-lahan, sure aku cakap dgn korang pasni pun pakai bahasa jepung je. hahaha.

7 comments:

  1. betismudakudiska? tu je yang JM tahu..belajar waktu sekolah rendah dulu heee

    Selamat tahun baru Rei..JM doakan agar bertambah succes tahun ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih JM. Semoga JM pun bertambah sukses. jgn lupa fm bila travel. hahah

      Delete
    2. FM tu ada tp alamat je yg x ada dh bertahun tunggu :-)

      Delete
    3. ish gurau jela~~~
      huahuaha

      Delete
  2. Ishhh....saya pun baca blog ni...antara blog yang dicedok ilmunya utk persediaan ke jepun...
    lawanyer sakura...mesti repeat ni!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tak jenguk blog liza.
      Baru je bukak tadi, tgk ada entry ke Jepun. Ni yang kena repeat secepat mungkin

      Delete