Pages

Monday, December 16, 2013

Bila Jirisan Aku Sesat - Day 3

Day 3 - October 27

Amboi....bukan main lagi tajuk entry kali ni. Sblum tu , aku nak warning siap-siap. Entry ni memang panjang menjela, lebih perkataan dari gamba. Makanya, korang bila tengok ayat panjang lebar, perenggan bertingkek-tingkek, korang jangan nak scroll kebawah laju-laju. Camne tau? Sebab aku pun biasa buat camtu. Bila tengok banyak sangat huruf, jadi malas nak baca. ekekekeke

Sebelum sampai Korea aku dah anticipate yang aku akan menghadapi hari-hari yang sukar. Jadi kenapa pilih Jirisan? Seoraksan is to mainstream katanya. Mungkin ada secebis perasaan aku yang mengatakan, aku tak berapa ada rasa nak pergi ke tempat-tempat yang ramai orang nak pergi. Pas buat research, Jirisan antara tempat yang best masa autumn. Tapi, aku tengok google map, tempat dia mcm banyak nak kena hiking. Dah ler hiking ni bukan bidang aku. Nak bergamba punya pasal, sanggup terjah. Lagi satu tempat, aku ada tengok gamba mat saleh yg dah menetap kat Korea, dia shoot area Naejangsan. Langsung buh dalam itinerary aku. Kat gamba dia tu nampak ramai orang, maksudnya, tempat tu memang easy to access.

Aku pun sebenarnya tak berapa pasti, belah mana yg daunnya akan bertukar merah dulu. Adakah Southern part ke northern part, atau vise versa. Mengikut kajian, aku baca belah bawah yang akan merah dulu. Skali, aku dapat tau, yang kat area Seoraksan, daun dah jadi merah-merah dulu. Aku ada berbincang dgn wan, katakan klo tak puas hati amik gamba kat area Jirisan dan Naejangsan, kita terjah Seoraksan. Aku siap e-mail pihak National Park Korea, tanya guide camne nak ke Naejangsan dari Jirisan. Diorang reply, agak complicated. Dan penerangan diorag tu pun dah cukup memeningkan aku. Siap tanya ada sorang rakan K-pop aku yg bekerja kat Malaysia ( dia fasih berbahasa melayu ye, kagum) tanya pendapat dia, adakah berbaloi pergi ke Jirisan dan Naejangsan. Beliau berkata , "lebih baik skip Jirisan, dan pergi ke Naejangsan, balik singgah di Jeonju".Memandangkan si Wan dah buat research katanya, dia kata takde info nak ke Naejangsan, jadi to play safe, pergi ke Jirisan. Actually aku prefer cadangan member aku tu, ambil masa lama kat Naejangsan sebab aku tak pasti sangat camne keadaan kat Jirisan tu.Maka, wujudlah communication breakdown kami yang pertama. Kenapa? Yela...dah aku tak cakap kat dia apa yg aku tersirat dalam pemikiran aku.

Kami gigihkan diri untuk bangun pagi. Takde la awal sangat, mengikut info, jadual bas ada banyak.Itu yang kami pun rilek-rilek aja. Aku terlupa yang guesthouse ni ada sediakan breakfast. Silap besar la. Aku balun telur sampai 10 bijik, itupun tak cukup. Geram je aku tengok air oren yg dah tersusun rapi. Klo minum tu, kompom perut buat hal. Nak jalan jauh ni bang, jangan nak cari pasal. Setelah selesai breakfast, boleh pulak gatal pergi tanya tuan umah, nak ke Jirisan, nak ikut jalan mana? Ewah..soalan mcm nak drive je kan? Tuan umah tu boleh plak suggest ke tempat yang takde dalam kamus informasi aku. Si wan plak, percaya cakap dia. Dalam hati aku, kalau ko orang Korea, tak semestinya ko tau semua tempat. Sama konsep dengan, ko orang Mesia, tak semestinya ko tau area Kokdiang. Wujudlah komunikasi breakdown kami yang kedua pasal aku tak bagi tau lagi apa yang aku rasa. Aku lebih percaya dengan research dan information yang orang dah penah sampai, berbanding dgn cakap-cakap kosong ni.

Kami sampai kat Ssasang bas terminal lebih kurang pukul 11. Ada shopping mall. Cam biasa, pi cari kasut lagi. Harga......terkejut mak! Kalu beli kompom tak berjalan la nanti pasal duit tak cukup. hahah. Bila dah puas jenjalan kat kawasan sekitar, pergi ke stesen bas trus. Lokasi yang dicadangkan oleh tuan umah adalah Sancheong. Lokasi yang kami nak kena tuju adalah Jungsan-ni. Bila tengok je jadual waktu bas, tepuk dahi jap. Yang Jungsan-ni tu bas sehari dua kali je. Waktu pagi dan petang. Nak tak nak, proceed gak pergi ke Sancheong dulu sebab taknak buang masa. Ekcheli, base on apa yg pihak National Park Korea reply, diorang ada mention salah satu stesen bas ni iaitu Jinju. Dan satu lagi info internet, Wonji. So tanggapan aku, dua stesen bas ni dianggap macam pekan kecil. 

Dalam pukul 11.45 trus naik bas. Ada sorang foreigner dok belakang kami. Aku nak tanya dia macam-macam, skali dia plak sedang asyik tidur. Malas la kacau dia. Sepanjang perjalanan, aku berdoa dan berharap agar dipertemukan dengan dedaun kemerahan. Ada la skit-skit masa on the way tu pokok-pokok yang kaler merah. Oh ye. lupa nak mention, Jirisan ni, dia ada banyak pintu masuk. So tempat yg kami otw ni adalah salah satu daripadanya. Cuma kat dalam website diorang takde mention plak.

1st stop adalah Jinju. Ikutkan hati aku, aku nak turun sini, kemudian cari bas ke Jungsan-ni. Pikir-pikir balik, duit plak isunya. Nak sedapkan hati, cakap "mungkin kat Sancheong tu kita boleh cari bas ke Jungsan-ni". Nyaris nak terlepas stesen bas stop je. Mujur si driver perasan kitorang tak turun lagi. Agaknya dia mesti teringat, sblum naik bas kami sibuk tanya dia banyak kali bas ni pergi ke sini ke. Bila dah sampai stesen bas. Waktu jam dah kul 2 lebih nak masuk kul 3. Pergi kaunter, tanya ada tak bas pergi ke Jungsan-ni. Tahniah diucapkan, takde bas pergi ke situ ye bang. Kena pergi Wonji dulu. As expected.....benar jangkaan aku pada mulanya tu. Cemas kejap aku. Tapi takpa, gi kencing dulu baru bley pikir apa nak buat seterusnya (teknik ni mmg berkesan utk aku. hahah) Dah setel, ada sorang mamat ni, pakai baju hiking. Adakah beliau mau pergi ke Jirisan? Tengok rupa, mungkin aku boleh tanya dia, dan mungkin dia boleh cakap omputih skit-skit. Haaa...ngko. Dia pun pakai telifon utk translate. Apa yg telifon tu translate satu patah apapun aku tak faham. Tiba-tiba, kami didatangi oleh seorang Ahjussi. Pakcik ni saja nak menyibuk sebab tengok kami dok kalut-kalut. Alhamdulillah. Dia lagi tau cakap omputih dari mamat k-pop ni. Boleh la, janji aku paham apa yg dia cuba nak sampai kan. Yang bestnya, dia siap berusaha nak tolong kami ke destinasi. Siap turun naik bas dan pesan kat kami " bassu stop, WONJI down!" sambil buat muka dan isyarat tangan nak suh kitorg turun kat stesen Wonji tu. 

Dalam bas, ada sorang foreigner. Fuh....hati kian bersinar kembali. Tapi dia bukan nak gi hiking bang. Dia nak gi joging. Hampeh! Tanya dia pun , dia tak berapa nak tau. Satu good point yg dia mentioned, apa yang kami lalui ni, adalah salah satu cara untuk melihat Korea dengan lebih jelas lagi secara tak langsung. Diri ini yang tak boleh nak rational tentang apa yg dah jadi pada hari ini, tapi bila dia cakap mcm tu, ada kebenarannya. Sambil sesat, sambil belajar. Setelah mengharungi hari yang sukar, akhirnya kami telah selamat sampai ke Jirisan. Waktu ketibaan adalah jam 4.30 petang. 1st thing first, nak kena cari information center. Kitorang jalan sparuh jalan, pastu turun balik. Eh betul ke jalan ni? Tempat ni pun satu, hampagas btul! Signboard pun takde. Hari kian gelap. Wan pergi tanya kat kedai runcit, rupanya klo kitorg tak patah balik, dah sampai dah. Buang tenaga je, Betul la laluan kami sebentar tadi. 

"Camne ni Wan? Aku ada rasa yang kita akan patah balik ni."

Aku sangat percayakan apa yang aku rasa. Kalau aku rasa kosong je, maka aku takan proceed. Wan pun ada cakap, klo camtu baik tak yah naik. Again and for the last time untuk communication breakdown kami, aku naik gak. Reason aku kali ni, aku tak nak dianggap sebagai orang yg cepat mengalah. Tak sampai suku jalan, kami stop. Aku pun cam takde hala tuju ni. Last-last kami turun bawah balik. Waktu dah pukul 6 dan semakin gelap. Aku ada bagi satu cadangan. Dimana selamba gamble tidur kat sini, sok pagi shooting2 skit, pastu gerak. Tapi mmg gamble lah bang tidur kat pondok bas. Dah le sejuk, kang gegel nanti. Aku ada tanya sorang budak, camne nak ke Naejangsan. Dia bagi guide, naik bas ke Jinju, dan cari bas ke Jangseong. Kami decide utk pergi ke Jinju. Kut ada bas ke sana malam ni gak ke. Bila tiba sahaja Jinju, waktu tuh dah kul 7-8 malam camtu. Pergi kaunter, takde tiket ke sana mlm ni. Ada pun esok kul 8 pagi. Aku nak kena gi kencing lagi la kan, pasal tak bley nak pikir. Dah setel, aku pi tanya da sorang budak skolah ni. Time ni, kami menjadi tumpuan ramai, pasal dikerumuni oleh pakcik-pakcik. Tetiba dalam reramai ni, ada sorang bagi cadangan suh naik teksi. Ko gila ke bang?! Aku tengok map bukan main jauh lagi. Itu mau kat 200,000 won aku kena pancung dgn ngko. Aku dah agak yang diorang ni mcm pemandu teksi. Mujur tak berapa agresif sampai nak paksa-paksa orang. Tak puas hati, aku pergi cari sorang lagi mangsa untuk dijadikan sebagai kaunter pertanyaan. Kali ni seorang bangla dan rakannya warganegara Vietnam. Aik! Camne tau? Aku agak jela~ hahah

Aku tanya dia benda yang sama. Satu benda yg aku sangat musykil, kenapa dia tanya aku dari mana. Bukan sekali, tapi 5 kali! Barangkali dia dapat Whatsapps mahupun twitter dari rakan-rakan dia tentang layanan rakyat Malaysia terhadap mereka. Yang aku hangin tu, siap cakap Korea dgn kawan dia yg Vietnam tu. So hari ni baru aku sedar, yg semalam time shooting bunga api mamat Indonesia yang aku jumpa tu adalah pekerja warga asing kat sini. No wonder la diorg cakap korea, pasal omputih pun kelaut. Dah puas, misi kedua aku nak isi perut. Wan tgk gaya dia mcm nak pergi cari tempat tidur dulu. Aku bersikap rileks je kali ni pasal yg penting perut aku ada bahan utk dihadam dulu. Last makan pagi tadi bai masa kat Busan. Pergi lah 7E. Sempat borak-borak dgn mamat cashier, mood yang tak berapa nak best sejak siang hari tu terus terhibur kejap. Pas dh makan, dia bagi direction camne nak ke Motel. Gasak la...love motel pun love motel lah. Janji ada tempat nak tidur. Lawak siut. Tanya tuan motel ada wifi tak? Cara dia reply sampai arini jadi bahan ketawa aku dgn wan. "Waipai no! Pishi yeahhh! Sempat buat research dan mohon bantuan dari rakan aku kat Seoul utk checkkan jadual waktu bas. Just nak double confirm aja.

Conclusion untuk entry kali ni, paling penting skali adalah komunikasi. Bagi aku, kalau dua orang, mcm susah skit nak buat keputusan. Kalau sorang kata "iols ikut je", itu yg menjadi masalah. Ini bagi aku jelakan, bagi org lain aku tak tau. hahah. After all, kesukaran yang dialami untuk arini adalah yang termanis sepanjang trip aku selama 10 hari ni. Sebenarnya boleh je skip baca sampai perenggan last ni....tapi saja nak nyusahkan kalian. huahuhauha

End of day 3 - 8,238 steps taken, 7.41km

Breakfast terakhir kat guesthouse.

Sedikit view sekitar Ssasang Bas terminal

Lagi view tambahan diselitkan sedikit gadis kpaps

Bawah tu gi subway. Ekcheli link dgn shopping mall sbelah ni.

Tengah decide nak beli tiket kemana.

Kat sini gembiralah kan signboard ada tulisan rumi. Siap puji lagi time ni....oh bagus lah ada tulisan rumi, menyenang kat pelancong.

Ejaan Sancheong kat tiket ni lain plak.

Beli botol air ni sebab unik.

Ada sedikit kemusykilan dgn signboard bas dia. Tak tau platform mana untuk bas yg mana.

Next time klo korang nak naik bas, tengok kat signboard situ, ada setengah bas tak tulis rumi, so bersiap sedia.

Seat kosong, takde orang sangat.

Dah start sesat dah. Tengok kat map, jauh benar nak ke Jungsan-ni

Inilah dia ahjussi yg berusaha keras untuk bantu kami. Sampaikan bila dah tiba kat Wonji, orang semua pandang kitorg sebagai tanda nak bg tau yg sini hah Wonji.

30 minit berlalu, dok pikir sempat ke tak sempat ni.....Acu teka kat mana tempat tunggu bas nya?

Tadaa~~ Sempoi bukan? Pekan Sri Menanti pun lagi canggih tau. hahah

Terpaksa alert takut tersalah tempat. Time otw tu, bas ni dgn selamba yayanya gi potong lori pembajak. Elok depan tu lori ada di laluan bertentangan. Syukur Alhamdulillah tak jadi apa-apa.

Besar map ni kan, tapi hampeh takde bagi tau mana info center.

Orang semua dah sibuk nak balik, kitorg baru sampai.

Bermula aktiviti terjah yang pertama.

Kami ingat ni bangunan information. Skali kosong.

Naik lagi skit kat atas, kut jumpa ke.

Jumpa dendaun ni je dulu. Jadilah. Nak sangat tengok autumn kan.

Tudia laluan yg tiada hala tuju.

Dapat amik gamba signboard pun jadilah tanda kitorg dah penah sampai. hahah

Dah sampai Jinju. Mohon bantuan budak skolah ni untuk tanya bas

Tadi kat Busan bukan main happy kan tgk ada tulisan rumi. Sini? Satu hape pun takde. Penuh tulisan mambang je.

Makan dulu sambil rehat sebentar.

Memula aku makan ni.

Tak cukup punya pasal, aku siap gi tanya kat kaunter mana yg ada perisa baby atau daging  atau ayam, dan mana yg kosong. Dia rekemen yg ni aja. Spaghetti Garlic. Dia siap ajar camne nak pakai microwave dan tolong buatkan utk aku. Best!

Tudia....pintu masuk bilik kami. ekekek

Lorong lip lap

Fuh....beronggeng la aku dgn wan malam ni. ekekeke.

Bukan main lagi kan nak buh quote omputih. Cakapnya idok la taunya pun.

Tak tau mana satu nak layan, tv ke pc. hahha

Siap ada ruangan see through tu. Gasak la. Aku tgk wan, wan tgk aku. hahaha

Rupannya mamat ni dah siap borong stock makanan dari tanah air. Patut eksyen tak nak makan bila aku ajak makan.

Inilah dia dalang punca kami berpanasan selama 4 jam. Nak gi buat complaint, takut tuan motel tak paham. Rupa-rupanya, kat remote ni ler suiz nak bukak ekon. Puncanya, aku bergurau senda dengan wan. " Eh wan, cuba tekan button play ni, kut ekon hidup ke?" Ternyata ianya berkesan. huahuahuahuah




7 comments:

  1. bilik dah macam bilik karaoke brem mall..

    ReplyDelete
  2. aku x ikot saran ko bace karangan spm ko tu..aku scroll g tgk pic je.. blik tu aku ingat ko nk g karok..rupanya...

    ReplyDelete
  3. waoh tak sabau nk pegi..!!mohon petunjuk eh nnt..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh...sila sediakan bayaran pendahuluan. hahah

      Delete
  4. Jauh merantau SK ni... bilik cmtu bape ghibu Won tu? Pakai walk in je yek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalm 25,000 won. boleh walkin aja klo nak menginap di motel. Masa last day di Busan pun sempat kami walkin juga

      Delete